Wahai
suami dan isteri, jangan TERLALU cintakan pasanganmu, MELEBIHI cinta
mendapat redha Allah, kerana kecintaan melampau kepada pasangan itu
mampu menjadi RACUN lalu menjadi beban tidak baik kepada pasanganmu
kerana cinta ekstrem seperti itu BUKAN FITRAH yang dituntut oleh Allah
SWT. Cinta itu juga mungkin membawa ketidakpatuhan kepada agama, semua
itu kerana cinta kepada manusia melampaui Allah dan RasuNya.
Firman Allah Ertinya :
"Katakanlah:
""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu
khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
adalah LEBIH KAMU CINTAI daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari)
berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
fasik."
(Surah At-Tawbah : 24)
Imam
Al-Qurtubi, menghuraikan maksud 'tunggulah' dalam ayat diatas
bermaksud, suatu ancaman akan datang kepadamu kehinaan, kesedihan.
Termasuk juga ujian perasaan yang tidak tertanggung. Ini semua kerana ia
sudah terkeluar dari fitrah tuntutan.
Berpada-padalah
mencintai sesama manusia. Walaupun ternyata ia sudah halal bagimu.
Kerana kita semua cuma hamba. HambaNya yang dicipta bukan hanya untuk
sia-sia. Tetapi dicipta untuk menyembahnya Yang Maha Esa. Jadi mengapa
melebihkan cinta kepada manusia, sedang yang lebih berhak adalah Allah
Yang Maha Kuasa.
Kata
ustaz, perkahwinan itu menyeronokkan ibadah. Jadi, bersama-sama lah
menjadi hamba yang taat agar hidup sentiasa diredhai dan dirahmatiNya.
Kekal pula hingga ke syurga. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan