Semarakkan Cinta Suami Isteri
Jarang-jarang kita dengar ungkapan" pasangan suami isteri itu sedang hangat bercinta"
" Saya dilamun cinta dengan isteri saya"
Cuba anda buat satu kajian ringkas dengan bertanya kepada orang yang sudah berkahwin
"Awak ni sedang bercinta ke?"
Pasti anda akan mendapat jawapan "tak lah!,mana ada!,aku dah kawin laa.!
Ataupun "aku dah kahwin, bercinta apa lagi"
Kebanyakan pasangan suami isteri di malaysia seolah olah menganggap precintaan sepasang kekasih itu sampai sehingga ke jinjang pelamin sahaja.Sangat benarlah ungkapan "Bercinta sehingga ke jenjang pelamain".Maka sampai ke jinjang pelaminlah sahaja percintaan itu.
Mengapa sepasang suami isteri tidak merasakan kehadiran cinta antara mereka seperti yang mereka rasakan ketika masih belum berkahwin?ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku.
- Menganggap cinta itu adalah sebelum berkahwin sahaja
- Hubungan cinta yang ideal yang diimpikan semasa sebelum berkahwin rupanya tidak seperti yang diimpikan akibat masalah yang tak dapat diselesaikan
- Bebanan tanggungjawab serta kesibukan suami isteri menyebabkan pasangan tidak mengambil peduli soal hubungan cinta mereka.
Bagaimana untuk menyemarakkan kembali cinta suami isteri?
Jangan sekali-kali menganggap status suami atau isteri adalah semata-mata "jawatan" yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab semata-mata- Selain menganggap status suami atau isteri adalah status yang terpikul padanya dengan tanggungjawab semata-mata, suami isteri juga mestilah menjadikan status suami dan isteri sebagai jalan untuk mencintai dan dicintai pasangan. Berikan keutamaan kepada tanggungjawab suami isteri dan jangan sekali-kali mengabaikan hak anda untuk memberikan cinta kepada pasangan.
- Bagi yang bercinta sebelelum berkahwin, masihkah anda ingat saat-saat anda bercinta?Alangkah manisnya ketika itu.betul kan?segala-galanya indah belaka.Semuanya cukup ideal.Masing-masing berusaha untuk memenangi hati pasangan.Mengapa apabila sudah berkahwin, tiada lagi perkara-perkara manis dan indah seperti dulu."masih kah kau ingat,pada waktu itu,sekuntum bunga mekar ku selit ke rambutmu?". Ulangi detik-detik manis bersama dahulu di alam rumahtangga.
- Bagi yang tidak bercinta sebelum berkahwin, inilah masa paling indah bagi anda terutamanya yang baru mendirikan rumahtangga untuk menjadikan pasangan anda cita pertama dan selamanya.Dialah cinta pertama dan selamanya.
- Masihkah anda ingat saat-saat anda akad nikah?Tak dapat digambarkan kegembiraan pada waktu itu.Andalah orang yang paling bahagia ketika itu.Kenang kembali saat-saat indah agar bunga cinta anda mekar kembali.
- Kenangkan saat-saat indah malam pertama anda sebagai suami isteri.Bagaimana semaraknya cinta anda kepada pasangan ketika itu danditambah pula dengan kenikmatan hubungan seks suami isteri.Sangat indah bukan?
- selalu yang berlaku, sangat kurang pasangan suami isteri menganggap pasangan mereka adalah kekasih hati dan mereka tidak menyedari hakikat ini.Seorang suami atau isteri adalah bukan sekadar suami isteri, tetapi mereka adalah pasangan kekasih yang sedang melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang memerlukan kasih sayang dan cinta agar pelayaran mereka kekal hingga ke akhir hayat
- Apabila sudah mendirikan rumah tangga, ramai pasangan suami isteri sudah tidak mempedulikan hati dan perasaan pasangan.Bak kata orang, "dah dapat memang macam tu".Anda perlu berusaha mengambil hati pasangan seperti mana sebelum anda berkahwin demi memastikan rumahtangga anda sentiasa penuh dengan perasaan kasih sayang dan kesefahaman.
- Seperti mana sebelum berkahwin,anda sangat banya idea bagaimana memikat hati si dia.Mengapa sudah berkahwin anda seolah-olah kehilangan idea?apa yang anda lakukan dahulu pun boleh diperaktikkan setelah anda berkahwin seperti hadiah, bunga, suprise (kejutan), berdating, candle light dinner, kad ucapan, sms cinta dan banyak lagi.
emmm....perlu pupuk semula cinta antara suami isteri lebih2 lagi klu bahtera yg dilayari tu dah lebih 10 tahun....dulu belum kahwin cinta bagai nak rak...pegang tangan la..kan elok kalau lps kahwin berpegang tangan la...aku pulak hmmm....kekadang ok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan