Rabu, 10 Julai 2013

Kekuatan Isteri di Bulan Ramadan

 


Bulan puasa  selalunya yang paling sibuk ialah isteri
Kalau waktu berbuka ....walau di hotel 5 bintang,4 bintang ke tetapi yang paling bestnya mesti berbuka kat rumah..bersama isteri dan anak-anak.Walaupun juadah tak sehebat di hotel dengan kambing panggang atau atau sebagainya..namun masakan isteri yg menjadi idaman..Kegemaran aku ialah buah melaka..tau tak...
Teringat akan betapa susahnya isteri menyediakan juadah berbuka untuk anak-anak..manakala sang suami pula berlegar-legar di Bazar Ramadan..membeli dan membeli hingga tak cukup tangan. Pada aku ..klu bawa anak yang berpuasa..hmmm macam-macamlah kena beli..tetapi bila waktu berbuka tak termakan....Kali ini nak cerita tentang perit jerih isteri pada bulan Ramadan......

Saya rasakan bukan isteri saya sahaja yang sibuk pada bulan puasa ini malah para isteri yang lain juga sesibuk malahan ada yang lebih sibuk dari itu disebabkan anak yg ramai atau kehilangan tempat bergantung...

Bulan puasa,ironinya akan berlaku perubahan besar jadual/rutin harian isteri..klu sebelum ini masa yg lama diambil berinternet tetapi pada bulan Ramadan curi2 peluang aja..macam bini aku...hampir semua wanita mengalami perubahan jadual tetapi berbeza pula dengan mereka yg ada 2@3 pembantu rumah..org2 kaya la kan....
Sang suami pula klu kaki perokok cuba menambah nikotin yg tidak diambil pada waktu siang...balun dan berkelun(loghtat utara) asap dalam rumah..
Suatu nikmat yg Allah Taala berikan kepada para isteri ialah kekuatan tenaga kepada mereka untuk menyediakan masakan terutama sewaktu berbuka dan bersahur...hmm..dah bangun awal 3.30am atau 4.00am ...eh sang suami ..ada yang menemankan isteri memasak dan kebanyakkannya termasuk aku hanya bertugas mengejutkan anak2 aja..manakala makanan dah pun terhidang di atas meja..itulah kekuatan isteri pada bulan Ramadan.....malam kalau yg tidak terlalu letih terus bersama suami ke masjid melakukan amalan solat Sunat Terawikh...fuhh besarnya ganjaran pahala...Si suami kenalah pi Terawikh..dok buat apa di rumah..cari pahala..perbaiki amalan diri...

Tetapi, keinsafan itu pula biasanya hanya minggu pertama sahaja. Masuk minggu kedua, ada yang lepas sahaja berbuka terus berlingkar macam ular sawa kenyang. Macam mana mahu boroi berkurang walau setiap kali berbuka dan bersahur telan susu slim bergantang-gantang?

Tiba waktu sahur, pun isteri juga yang dahulu bangun untuk memasak atau sekurang-kurangnya memanaskan makanan yang sudah ada. Hanya setelah semua dihidang, barulah dikejutkan suami dan anak-anak.

Kenangkan saja, siang hari mereka  bekerja. Masuk waktu petang, siapkan makan minum kita. Ketika kita sedap berlingkar ular sawa kenyang di depan TV, mereka  tersengguk-sengguk cuci pinggan mangkuk di singki. Baru bersiap nak masuk tidur, kita pula kuis-kuis kaki.


pss...nk kurangkn beban istri ..beli la lauk2 tambahan ..tetapi jgn melebehi had sampai tak menang tangan...membazir tu

1 ulasan: