Rabu, 24 Julai 2013

Nak pimpin perlu berilmu dahulu


Renung sejenak.....

Wanita atau Isteri yg solehah  ..asasnya wanita2 ini telah dididik dan mempunyai tapak asas tentang ilmu agama...klu siapa dapat jodoh macam ni beruntunglah kerana mereka ini dah faham tentang selok belok agama..bagaimana jika mendapat jodoh yg imannya senipis bawang..tak kiralah sama ada si suami atau si isteri...oleh itu kita perlu selidik diri dahulu..adakah kita mempunyai ilmu agama yg cukup..klu tak bagaimana nak mendidik pasangannya yg liat sembahyang,tidak menghormati pasangan..meninggi suara..dan melakukan sesuatu tanpa memohon izin dari suami...ni dah besar dan keras hatinya...kalau ditegur dibalas teguran dan disindir...inilah yg banyak dihadapi oleh kebanyakan pasangan...satu cara yg terbaik ialah kita perlu muhasabah diri..cari ilmu..cari redha Allah...dan senjata yg paling mustajab ialah doa...kalau ditegur atau dididik masa kecil (rebung) mudahlah..tetapi klu dah jadi buluh camna....
Inilah dilema yg dihadapi oleh pasangan yg telah berkahwin..byk kes2 cerai berai berakarkan kekurangan dan ceteknya ilmu agama...bagaimana  pasangan yg tidak pernah sembahyang atau sembahyang sekali sekala..ikut hukumnya si suami bertanggungjawab membimbing si isteri solat..tetapi malangnya si suami pun tunggang langgang sembahyang..bagaimana si isteri nak mengikut....tetapi kalau si suami seorang yg boleh dikatakan alim klu diajak isteri bersolat dan ditolaknya ..hmm berdosalah...satu lagi kalau si suami tidak boleh mengajar pasangannya tentang hal2 agama ..wajiblah suami itu membawa si isteri belajar agama di mana2 tempat...klu isteri menolak..tanggunglah dosa..dh terlepas t.jawab suami ..
Pokok pangkalnya solat merupakan senjata utama kebahagiaan rumah tangga ..yg manisnya klu dapat bersolat bersama secara berjemaah di rumah atau di masjid/surau...bertuahlah sesiapa dpt membawa isteri ke masjid dan tentulah Allah akan memberi hidayah kepada pasangan2 ini...
Kalau dititip dari firman2 dan hadis2 sahih..ternyata ramai wanita yg akan menjadi penghuni neraka dan yg terbanyak penghuni ini ialah kalangan mereka yg tidak taat pada suami...
Si isteri akan menghormati suami andainya suami itu berilmu dan secara autonya menjadi pemimpin r.tangga yg baik...
  • 3 langkah untuk mendapat hidayah : 1. Ibadah dan berbuat kebaikan. 2. Berkawan dgn orang baik, 3. Berdoa Allah beri hidayah 
  • Ingat lah video kita sendiri Akan dimainkan ketika sakaratul maut dan di Padang masyar nanti. Jom ingat mati, alam kubor, Padang masyar, buku timbangan , titian Sirat yang Akan kita semua PASTI lalui. Jaga diri masing masing. Jaga Akidah, Ibadah , dan akhlak setiap Saat. Di Padang mahsyar tidak Ada lagi video palsu Atau benar, semua adalah benar. Jom refleksi diri dan audit diri. Takut lah hanya pada Allah dan cari keamanan di dunia dan akhirat. Sesiapa méngejar syurga di akhirat PASTI mendapat syurga di dunia tapi sesiapa mengejar syurga di dunia mungkin hilang syurga di akhirat. Wallauallam
  •  3 kategori manusia : 1. Solih, 2. Tholih, 3. Ghafil ialah orang yang bertuhankan nafsu dan buta mata hati dan tidak nampak kebenaran. Jom audit diri kita yang mana dan cari ilmu dan buat perubahan pada diri sendiri. Ubah sikap dan tabiat. Lihat amalan semalam dan niat ubah jika tidak menjadi orang yang solih yang bertaubat kerana kurang beribadah bukan hanya kerana berdosa seperti taubat orang tolih. Jauhkan diri dari menjadi orang ghafil. Jika solat tidak cukup jom cukupkan dan fahami makna bacaan dalam solat dan amalkan di luar solat. Kaum wanita mulalah menutup aurat jaga solat dan jaga pergaulan. Jadi isteri yang baik dan didik anak anak dengan ilmu Islam. Jangan menyesal di kemudian hari dan di kubor nanti. 
  • dipetik dari kata2 hikmah dr.muhaya

     18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

    1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

    2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

    3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan
        juga terhadap Allah S.W.T. 

    4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

    5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

    6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

    7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

    8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

    9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

    10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

    11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

    12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

    13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

    14. Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

    15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

    16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

    17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

    18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

    Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
    Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
    Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)
    Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
    Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)
    Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
    1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
    2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
    3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
    4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
    5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
    6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
    Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
    Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
    1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
    2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
    3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
    Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
    Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)
    4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
    5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
    6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
    7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)
  •  pss...setiap manusia ada kelemahannya ..tak ada yg perfect..tetapi kita boleh memperbaikinya..kekadang kalau isteri yg baik ,bersolat dan tidak sakitkan hati sejuk mata memandang berupaya membentuk perangai  suaminya menjadi insan yg sempurna.... insaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan