Selasa, 30 Julai 2013

Jemu....

Jemu dengan pasangan anda....????

” Apa masalah yang biasa ditempuh bila kita dah kahwin ye? ” Tanya seorang sahabat.
” Jemu! ” Jawab saya pantas.
” Jemu? Dah kahwin pun ada jemu ke? ” Terus soalan itu diaju, kehairanan mungkin.
Saya tersenyum.

Ya, itulah antara masalah besar bila berumahtangga. Jemu.
Bosan atau boring, masih kurang tepat untuk menterjemahkan. Ia adalah jemu. Itu paling tepat.
Pakar perunding keluarga seringkala menyebut faktor-faktor asas kenapa masalah jemu itu berlaku. Meskipun saya juga akan menyebut perkara yang serupa, namun terasa ‘lecah’ sebuah penulisan tanpa menyebut hakikat tersirat di sebalik sesuatu masalah.
Syaitan itu hakikatnya tidak pernah duduk diam dari memancing manusia agar termakan umpan jahatnya, lantas bisa ditarik untuk menuruti segala kemahuannya. Bila bertemu dua orang yang belum berkahwin, akan diumpannya agar jatuh ke lembah zina. Ataupun, umpan yang lain adalah agar rasa cinta kerana Allah bertukar kerana selain Allah, lantas menatijahnya perpisahan dan permusuhan sebelum sempat mendirikan masjid.
Kalau orang yang sudah berkahwin pula, umpannya adalah agar berpisah. Begitulah permainan syaitan, melemahkan hasrat para pemuda untuk bernikah dan menyuntik rasa jemu kepada pasangan yang sudah bernikah.
Matlamatnya tetap sama, agar sekalian hamba Allah ini hidup dalam kelalaian dan jauh dari kebaikan. Hasrat yang nyata berbeza dengan Rasul Junjungan kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Baginda dinukilkan oleh Allah sebagai sangat mengambil berat dan mengimpikan kebaikan ke atas ummatnya.
Syaitan pula, sentiasa mahu merosakkan.
Justeru, jarum jemu adalah antara yang pasti akan disuntik khusus kepada sebuah perhubungan yang telah halal.

JEMU : CEPAT ATAU LAMBAT? 

Sesetengah cerdik pandai menyebut : nikmat nikah itu hanya sebulan.
Sebahagian lain menyebut ; hanya tiga bulan.
Sebenarnya, yang dimaksudnya itu bukanlah setelah sebulan atau tiga bulan maka habislah nikmat pernikahan. Tidak sama sekali. Ia bertentangan dengan firman Allah dalam Surah Ruum, di mana telah Allah nyatakan perkahwinan itu tercipta dengan wujud di dalamnya sakinah ( ketenangan ) , mawaddah ( kasih sayang ) dan rahmah ( kasihan belas ).
Apa yang dimaksudkan lebih berbentuk keindahan pada bayangan orang yang belum berkahwin. Ibaratnya baru dapat lesen kereta, mahu pegang stereng sentiasa. Saya teringan aduan seorang isteri yang mempunyai masalah rumahtangga :
” Ustaz, dia dulu tak macam ni. Dulu mula-mula kahwin, dia nak saya dengan dia 24 jam. Kalau jalan kat luar tu, dia pegang tangan saya tak lepas-lepas, sampai basah berpeluh tangan saya ni ustaz. Tapi sekarang, jalan sama-sama pun susah sangat. Kalau ada pun, jalan jauh-jauh..”
Begitulah.
Mula-mula kahwin, banyak rahsia yang mahu disingkap. Banyak perkara yang mahu diketahui. Banyak benda yang hendak diguraukan.
Masing-masing selalu fikir itu dan ini apabila tiba masa halalnya nanti. Nak bergurau senda, nak bercerita, nak kongsi rasa, pelbagai.
Itulah keindahan yang biasanya difikir, selain aspek nafsu yang tidak boleh disangkal kewujudannya. Namun jika kurang cermat dan tidak berhati-hati, maka ada akibat yang bakal menanti. Sebab itu ada pesanan ; keseronokan itu mungkin hanya sebulan, mungkin tiga bulan, kemudian?
Ia sekadar mahu menjentik agar tidak lupa berfikir, meski tidak ramai yang mampu mecerap hakikat di sebalik bahasa pengalaman berbanding bahasa buku yang mereka tahu.

FAKTOR
Habis ‘modal’.
Sudah tahu semua perkara.
Sudah kenal luar dan dalam. Hati budi, perangai, tabiat.
Dan yang agak malang ; baru tersedar ‘indahnya’ zaman bujang. Mahu kembali bujang. Tak betah duduk dengan ‘kaki terantai’ dan bahu tergalas tanggungjawab.
Alam perkahwinan bukan alam lakonan. Selama mana mahu berlakon hipokrit sedangkan duduk sebumbung makan semeja tidur sebantal? Akhirnya, kelemahan yang disembunyi di awalnya kerana malu, akan tersingkap juga. Apatah lagi jika ada keaiban tertentu.
Ada kes di mana salah seorang daripada pasangan mempunyai masalah bau badan, namun tiada inisiatif untuk mengatasi masalah tersebut. Fikirnya masalah ‘remeh’ dan boleh disorok dengan perfume atau wangian tertentu. Akhirnya apa yang disangka sebagai remeh itulah yang mendatangkan badai perbalahan dalam rumahtangga. Sampai bila mahu berlakon peka dengan alat kosmetik sedangkan sebelum berkahwin hanya dijamah sekali sekala?
Itu bukan sikap yang terdidik utuh dalam diri, itu cuma lakonan agar nampak elok di mata suami atau isteri.
Sama jugalah dengan kes merokok.
Sebelum berkahwin mahu berhenti merokok dan beritahu bakal isteri, dia bukan perokok. Akhirnya tidak mampu bertahan, jadi perbalahan pula dalam rumahtangga bila ‘bius kesedaran’ mula hilang setelah lama bernikah.
Saya sebutkan beberapa di atas untuk menampakkan faktor.
Kelemahan adalah sunnatullah pada diri manusia, siapa dia sekalipun. Samada kelemahan fizikal dia ataupun sikap dan perangai. Banyak berlaku, rasa jemu kerana apa yang disangka begitu dan begini sebelum kahwin, rupanya tidak seindah yang difikirkan. Setiap hari dengan sikap yang sama, rajuk yang sama, gurau yang sama, lawak yang sama, tabiat yang sama, semua itulah yang menatijahkan jemu.

APAKAH JEMU ITU HALANGAN UNTUK BAHAGIA?
Jawabnya tidak.
Masalah tak semestinya halangan.
Masalah untuk diselesaikan, bukan untuk dipejamkan mata.
Jemu akan datang setelah fatrah ‘honeymoon’ mula beransur. Kemudian setahun, tiga tahun, lima tahun dan seterusnya. Ini cuma perkiraan manusia sahaja. Mungkin ada yang tidak, wallahua’lam. Biasanya kiraan disebut kerana kajian ataupun masalah-masalah yang biasa didengar atau ditangani.
Bila jemu, ubatnya adalah menyingkirkan kejemuan tersebut. Dengan kata lain, berusaha untuk menyegarkan kembali perhubungan yang telah terbina. Asasnya sudah tentulah kembali kepada niat mendirikan rumahtangga, kembali beristighfar dan bermuhasabah atas kelalaian dan kealpaan. Sesudah itu, berusahalah kerana lapangan kreativiti cukup luas.
Variasikan masakan adalah cara biasa yang dibuat oleh isteri. Mungkin boleh ‘up’ sikit, variasikan cara melayan suami ketika makan, ataupun cara mempersembahkan hidangan itu sendiri.
Kadang-kadang manusia ini pelik. Sebelum dapat ( sebelum bernikah ) macam-macam difikirnya untuk kehidupan berumahtangga, semua yang indah-indah dan kreatif-kreatif belaka. Tapi bila sudah lama sedikit, kreativiti hilang entah ke mana. Yang longlai dibiar longlai, yang lesu dibiarkan lesu.
Seolah-olah merelakan sahaja putaran yang biasa-biasa itu terus menjadi rutin yang biasa-biasa, atas nama ‘kehidupan orang berkahwin yang banyak tanggungjawab dan banyak lagi hal untuk difikir’. Masalahnya bukan jemu, tapi tidak mahu berusaha menyingkirkan jemu.
Ianya lebih kepada permasalahan sikap. Ego yang menebal dan keengganan untuk bertindak menyelesaikan masalah ketika masalah itu baru bertunas, bukan bila sudah menjadi barah.
Anda tahu kan, punca besar kepada masalah rumahtangga adalah komunikasi?
Bila masing-masing dilanda jemu, komunikasi cemerlang jauh dari berlaku. Masing-masing macam ayam dengan itik. Main angguk-angguk saja. Sukar untuk duduk berdua berkongsi bicara, selesaikan masalah bersama atau meluangkan masa untuk mendengar luahan rasa dari pasangan kita.
Bercakap-cakap boleh membendung masalah dari berlarutan. Dan antara masalah yang boleh diselesaikan dengan bercakap adalah jemu itu sendiri. Ada orang kata, ah, bercakap lebih menambah jemu. Maka janganlah jadikan bercakap itu jemu!
Bercakap ertinya berkomunikasi. Kalau asyik dengan suasana yang serupa sahaja, tentulah akan jemu. Bercakaplah di tempat yang berbeza, suasana yang berbeza, yang boleh menjadikan pasangan kita merasa ‘suprise’ dan seronok, barulah apa yang terbuku di hati mengalir elok di lidah. Setelahnya, masing-masing akan terasa bahawa hubungan itu sebenarnya indah.
Yang penting, biarkan syaitan menangis dengan usaha-usaha kita. Jangan sampai dia tertawa melihat retak belahnya hubungan yang terbina.
Sekadar itu untuk dikongsikan.
Kenalilah jemu dan faktor-faktor berlakunya jemu sebelum anda berumahtangga. Inilah namanya ilmu rumahtangga yang perlu dituntut, biar ada isi di dada. Bakal suami yang membaca, ambillah tanggungjawab. Kalian akan menjadi pendidik dan pengemudi, insyaAllah jika teguh kalian bertapak, akan selamatlah isteri yang bersandar di belakang.

pss....tak jemu dengan pasangan..pelbagai cara dan kaedah dalam hubungan..yang menjemukan ialah bergaduh terlalu kerap dan isu yg sama..juga pasangan lakukan perkara yg sama yg menjadi punca bergaduh....
pss...cara terbaik...BUAT PERUBAHAN DIRI, BAWA PASANGAN KE TEMPAT ILMU,JALAN2 MAKAN ANGIN,JANGAN ASYIK DOK RUMAH JE UNTUK BERDATING BW JALAN MAKAN2 KE....INGAT TARIKH2 PENTING,BERILAH HADIAH..JGN TUNGGU TARIKH HARI LAHIR ATAU UNIVERSARRY.....BILA2 MASA......PASTI BERJAYA DAN BAHAGIA..

Jemu itu mainan syaitan ...hati2...pasangan mana yg merasai begitu maknanya syaitan sudah ada dalam hatinya....

Jujurkah anda?



 Jujurkah anda terhadap pasangan masing2...............


Merangkumi aspek kehidupan dekad ini yang penuh cabaran sama ada alam rumah tangga atau percintaan sebelum ke gerbang perkahwinan ,kejujuran adalah maha penting...Kejujuran amat berkait dengan aspek agama dan nilai diri.

Pengertian dan Hakikat Jujur Menurut Islam 


Jujur dapat diertikan  menjaga amanah. Jujur merupakan salah satu sifat manusia yang mulia, orang yang memiliki sifat jujur biasanya dapat mendapat kepercayaan dari orang lain. Sifat jujur merupakan salah satu rahasia diri seseorang untuk menarik kepercayaan umum karena orang yang jujur senantiasa berusaha untuk menjaga amanah.
Karena orang yang jujur umumnya akan bertanggung jawab penuh akan segala yang diberikan atau dibebankan kepadanya maka pasti ia akan berusaha sekuat tenaga untuk menjalankan kewajibannya tersebut dengan sungguh-sungguh. Selain itu orang yang dalam lubuk hatinya mengalir darah kejujuran maka ia tidak akan sanggup menyakiti atau melukai perasaan orang lain. Dan karena itulah orang semacam ini dengan kejujurannya ia tidak akan sanggup mengecewakan orang yang telah memberinya amanah tentukan bukan amanah yang menyesatkan.
Kejujuran adalah perhiasan orang berbudi mulia dan orang yang berilmu. Oleh sebab itu, sifat jujur sangat dianjurkan untuk dimiliki setiap umat Rasulullah saw. Hal ini sesuai dengan firman Allah:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (Q.S. an-Nisa: 58).
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghianati Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu menghianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Q.S. al-Anfal: 27).
Dari dua ayat tersebut dapat difahami bahwa manusia, selain dapat berlaku tidak jujur terhadap dirinya dan orang lain, adakalanya berlaku tidak jujur juga kepada Allah dan Rasul-Nya. Maksud dari ketidakjujuran kepada Allah dan Rasul-Nya adalah tidak memenuhi perintah Allah dan sunnah nabi,mengabaikan solat dan sengaja melewat-lewatkan waktu solat. Agar doa kita dimakbulkan kejujuruan adalah penting dan salah satu cabang orang2 yg beriman.
Orang yang mempunyai sifat jujur akan dikagumi dan dihormati banyak orang. Karena orang yang jujur selalu dipercayai orang untuk mengerjakan suatu yang penting.
Jujur adalah sikap yang tidak mudah untuk dilakukan jika hati tidak benar-benar bersih. Namun sayangnya sifat yang luhur ini belakangan sangat jarang kita temui, kejujuran sekarang ini menjadi barang jenaka.  Dan teladan yang paling baik, yang patut dicontoh kejujurannya adalah manusia paling utama iaitu Rasulullah saw. Kejujuran adalah perhiasan Rasulullah saw. dan orang-orang yang berilmu.
Pasangan yang tidak jujur antara satu dengan yang lain digambarkan para ilmuan mempunyai hati yang hitam..Kalau dalam alam perkahwinan seandainya pasangan itu berhubung secara sulit dengan kekasih gelapnya ..kerukunan rumah tangga itu sudah pasti retak menanti belah...
pss...andai seseorang pasangan itu berchatting dengan seseorang yg berlainan jantina  tanpa pengetahuan pasangannya ini diumpamakan sebagai pasangan yang tidak JUJUR.... walaupun teman lama ,bekas rakan sekolah atau sebagainya ....mesti dalam pengetahuan pasangan masing2.Ini barulah dinamakan kejujuran.Kalau disembunyikan hubungan ini daripada pasangannya walaupun di alam  internet bererti ada sesuatu yg tidak betul ..tetapi Allah Taala Maha Adil..walau disimpan disembunyi macam mana pun pastinya akan terbongkar dan dari sini lah boleh dilihat kesannya kepada hubungan rumah tangga sama ada diteruskan atau putus di tengah jalan.

Ada pasangan yg degil..ingin lakukan juga hubungan ini ..kata mereka  x ada apa2 biasa sahaja...memanglah permulaan tu biasa,kawan lama lah,akhirnya mencurah-curah perasaan lain pula yang datang.Betapa murahnya nilai diri seseorang individu yg mempunyai pasangannya yang baik,bertanggungjawab tetapi masih lagi berhubungan dengan orang lain tanpa pengetahuan pasangan masing2.Binawe betul....

Pasangan yg baik adalah untuk insan yg baik ....untuk mengetahui sama ada pasangan kamu itu jujur atau tidak..lihat diri dahulu..ADAKAH ANDA JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI..LIHAT KECENDERUNGAN PASANGAN ANDA ADAKAH IA MENJAGA/MELAKUKAN SOLAT.....ADAKAH IA MENJAGA AURATNYA..JIKA IA ..BERSYUKURLAH...JIKA TIDAK BERDOALAH...Tetapi kalau pasangan itu selalu meninggikan suara,melawan cakap anda..dan tidak menunjukkan sayangnya kepada anda ...hmmm ..nak tunggu apa lagi....

Rabu, 24 Julai 2013

Nak pimpin perlu berilmu dahulu


Renung sejenak.....

Wanita atau Isteri yg solehah  ..asasnya wanita2 ini telah dididik dan mempunyai tapak asas tentang ilmu agama...klu siapa dapat jodoh macam ni beruntunglah kerana mereka ini dah faham tentang selok belok agama..bagaimana jika mendapat jodoh yg imannya senipis bawang..tak kiralah sama ada si suami atau si isteri...oleh itu kita perlu selidik diri dahulu..adakah kita mempunyai ilmu agama yg cukup..klu tak bagaimana nak mendidik pasangannya yg liat sembahyang,tidak menghormati pasangan..meninggi suara..dan melakukan sesuatu tanpa memohon izin dari suami...ni dah besar dan keras hatinya...kalau ditegur dibalas teguran dan disindir...inilah yg banyak dihadapi oleh kebanyakan pasangan...satu cara yg terbaik ialah kita perlu muhasabah diri..cari ilmu..cari redha Allah...dan senjata yg paling mustajab ialah doa...kalau ditegur atau dididik masa kecil (rebung) mudahlah..tetapi klu dah jadi buluh camna....
Inilah dilema yg dihadapi oleh pasangan yg telah berkahwin..byk kes2 cerai berai berakarkan kekurangan dan ceteknya ilmu agama...bagaimana  pasangan yg tidak pernah sembahyang atau sembahyang sekali sekala..ikut hukumnya si suami bertanggungjawab membimbing si isteri solat..tetapi malangnya si suami pun tunggang langgang sembahyang..bagaimana si isteri nak mengikut....tetapi kalau si suami seorang yg boleh dikatakan alim klu diajak isteri bersolat dan ditolaknya ..hmm berdosalah...satu lagi kalau si suami tidak boleh mengajar pasangannya tentang hal2 agama ..wajiblah suami itu membawa si isteri belajar agama di mana2 tempat...klu isteri menolak..tanggunglah dosa..dh terlepas t.jawab suami ..
Pokok pangkalnya solat merupakan senjata utama kebahagiaan rumah tangga ..yg manisnya klu dapat bersolat bersama secara berjemaah di rumah atau di masjid/surau...bertuahlah sesiapa dpt membawa isteri ke masjid dan tentulah Allah akan memberi hidayah kepada pasangan2 ini...
Kalau dititip dari firman2 dan hadis2 sahih..ternyata ramai wanita yg akan menjadi penghuni neraka dan yg terbanyak penghuni ini ialah kalangan mereka yg tidak taat pada suami...
Si isteri akan menghormati suami andainya suami itu berilmu dan secara autonya menjadi pemimpin r.tangga yg baik...
  • 3 langkah untuk mendapat hidayah : 1. Ibadah dan berbuat kebaikan. 2. Berkawan dgn orang baik, 3. Berdoa Allah beri hidayah 
  • Ingat lah video kita sendiri Akan dimainkan ketika sakaratul maut dan di Padang masyar nanti. Jom ingat mati, alam kubor, Padang masyar, buku timbangan , titian Sirat yang Akan kita semua PASTI lalui. Jaga diri masing masing. Jaga Akidah, Ibadah , dan akhlak setiap Saat. Di Padang mahsyar tidak Ada lagi video palsu Atau benar, semua adalah benar. Jom refleksi diri dan audit diri. Takut lah hanya pada Allah dan cari keamanan di dunia dan akhirat. Sesiapa méngejar syurga di akhirat PASTI mendapat syurga di dunia tapi sesiapa mengejar syurga di dunia mungkin hilang syurga di akhirat. Wallauallam
  •  3 kategori manusia : 1. Solih, 2. Tholih, 3. Ghafil ialah orang yang bertuhankan nafsu dan buta mata hati dan tidak nampak kebenaran. Jom audit diri kita yang mana dan cari ilmu dan buat perubahan pada diri sendiri. Ubah sikap dan tabiat. Lihat amalan semalam dan niat ubah jika tidak menjadi orang yang solih yang bertaubat kerana kurang beribadah bukan hanya kerana berdosa seperti taubat orang tolih. Jauhkan diri dari menjadi orang ghafil. Jika solat tidak cukup jom cukupkan dan fahami makna bacaan dalam solat dan amalkan di luar solat. Kaum wanita mulalah menutup aurat jaga solat dan jaga pergaulan. Jadi isteri yang baik dan didik anak anak dengan ilmu Islam. Jangan menyesal di kemudian hari dan di kubor nanti. 
  • dipetik dari kata2 hikmah dr.muhaya

     18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

    1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

    2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

    3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan
        juga terhadap Allah S.W.T. 

    4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

    5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

    6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

    7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

    8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

    9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

    10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

    11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

    12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

    13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

    14. Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

    15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

    16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

    17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

    18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

    Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
    Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
    Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)
    Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
    Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)
    Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
    1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
    2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
    3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
    4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
    5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
    6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
    Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
    Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
    1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
    2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
    3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
    Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
    Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)
    4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
    5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
    6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
    7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)
  •  pss...setiap manusia ada kelemahannya ..tak ada yg perfect..tetapi kita boleh memperbaikinya..kekadang kalau isteri yg baik ,bersolat dan tidak sakitkan hati sejuk mata memandang berupaya membentuk perangai  suaminya menjadi insan yg sempurna.... insaAllah..

Ahad, 21 Julai 2013

Kemelut Siber


Tak habis-habis.................



Hari ini aku terbaca dalam satu artikel blog berkaitan dengan fb...rasanya agak mual aku membacanya...apa tidaknya sungguh aku bersimpati dengan nasib kedua-dua pasangan itu yg terpaksa berpisah disebabkan fb...sedangkan tidak lama lagi Hari Raya bakal menjelang dan alangkah sedihnya jika berpisah disaat-saat begini..dgn menghancurkan kebahagiaan anak-anak yg masih kecil dan belum memakai baju raya yg baru dibeli beberapa hari lalu sebelum Ramadan...sesiapa yg singgah di blogku dan membaca artikel ini ..sedarlah fb ada banyak buruk dari baiknya. menurut artikel itu...si suami tidak berapa setuju bila isterinya hendak membuka laman sosial fb..tetapi dek kerana sayang...cinta diizinkan juga..seperti kebiasaan yg telah kuceritakan dalam blog terdahulu..mula-mula mencari info2 terkini add rakan-rakan lama..sekolah rendah dan menengah dahulu tetapi akhirnya bertemu juga bekas rakan lama...dan akhirnya sering bertanya khabar bukan setakat di fb malah dalam hp juga.....akhirnya menyusuk kepada perasaan ...bercinta serta merindui suami orang......Allah maha kaya ....manusia sering melakukan kesilapan...si suami terbaca satu mesej yg kurasa tidak berapa 'mendalam' sangat cuma perkataan 'knpe' itu aja...akhirnya  bila diselidiki ..hancur luluh perasaan suami bahawa mereka telah bercinta di alam internet fb...chart On...free...entah banyak lagi fungsi hp ...begitu juga dengan kes kedua...modusoperandi sama saja....niat si suami bersangka baik terhadap isterinya yg aktif saban malam berfb..tweetter...rupa2 memakan diri......

Apabila kubaca artikel ini...hatiku sekali lagi berdetik.....bagaimana dengan pasangan kita..trend manusia hari ini ialah suka kepada suami/isteri orang..yg muda kawin yg tua..macam2..itulah dunia akhir zaman....yang kita harapkan ialah KEJUJURAN daripada pasangan masing2...takkanlah hari2 nak periksa hp...l.top..fb......aduhai.....yg cerdik dan tak lupa sebelum balik rumah delete dulu.....tp smpai bila ya....jangan lupa perpatah Melayu....

Aku menganggap golongan pengganggu rumah tangga orang ini adalah dari kalangan mereka yg TIDAK KENAL DAN TAHU HUKUM AGAMA....PEROSAK MASYARAKAT...MEREKA INI SECARA AUTONYA BERPAKAT DENGAN SYAITAN LAKNATULLAH...... DAN ALLAH TELAH BERFIRMAN..TIDAK MASUK SYURGA ORANG YG MEMUTUSKAN SILATULRAHIM...
Kenapa terjadi begitu....puncanya ialah orang yg berfb la....si suami add banyak kawan perempuan..yg si isteri add ramai rakan lelaki...tp bagaimana pula dgn aku yg tak berapa aktif fb sedangkan si isteri aktif fb....hanya kepercayaan saja..mana tahu paswoodnya...malas..buat sakit hati saja...tetapi klu rakan sejenis alhamdulillah....kalau bukan...hmmmm...terpulanglah ...andai sayang akan bahtera ini jangan lakukan......biar dikata cemburu tetapi ada sebabnya.....

Belajarlah mengenal hukum-hakam dan had2 hubungn bukan muhrin dalam fb...aku sungguh bersimpati dengan nasib kedua2 pasangan itu...anak2 ..ya Allah masih kecil....yg si lelaki perosak tadi rasanya x lama tu.....

WAHAI PENGGEMAR FB YANG SUDAH BERKAHWIN  BERINGAT-INGATLAH ......JUJURLAH
WAHAI PEROSAK RUMAH TANGGA BERJAGA-JAGALAH.....TUNGGULAH MUSIBAHNYA

Alahai....bukan x leh nak fb langsung....patut2 la ....

Aku ORANG PERTAMA SOKONG FB DIHARAMKAN...
tp bagaimana dengan Chart On...vIBER..FREE...ah berlambak2 ....terpulang kepada masing2..tepuk dada tanya hati




Mendidik Isteri Cara Rasulullah S.A.W







Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah SWT:


“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.
Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.
Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”
Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.
Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.
Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.
Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.
Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.
Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.
Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

Ya Allah hambamu redha dgn ketentuan jodohmu....mudah2an sedikit demi sedikit aku dapat membimbing isteriku ke arah nur shakinah....mudah2an juga aku menjadi seorang suami yang dikasihi dan dihormati isteriku.....aku mohon pertunjukMu....amin