Panduan Solat Sunat Tahajjud
Terdapat berbagai
cara untuk melakukan sembahyang Tahajjud. Kesemua ini pernah dilakukan
oleh Rasulullah. Di antara cara-cara nya adalah:-
- Cara yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., iaitu:
Bahawa Rasulullah
bangun dari tidurnya, lantas bersugi dan berwuduk. Kemudian baginda
membaca awakhir (awal dan akhir) surah Ali Imran. Setelah itu baginda
berdiri dan sembahyang dua rakaat dengan memanjangkan berdiri, rukuk dan
sujud. Sesudah itu baginda tidur agak sebentar, kemudian bangun dan
melakukan sebagaimana yang dilakukan tadi. Demikianlah berulang-ulang
hinga sampai tiga kali sembahyang. Dan baginda akhiri Tahajjudnya itu
dengan tiga rakaat Witir. Ketika azan Subuh berkumandangoleh muazzin,
baginda keluar untuk pergi ke masjid, ketika itu Rasulullah s.a.w.
membaca doa:
- Cara yang diterangkan oleh Aishah, iaitu:
"Bahawa Rasulullah membuka sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan. Kemudian bersembahyang sebanyak 10 rakaat sunat Tahajjud dengan lima salam, akhirnya baginda melakukan sembahyang Witir sebanyak satu rakaat."Di dalam riwayat yang lain, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan dua rakaat Iftitah, kemudian sembahyang Tahajjud sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Akhirnya mengerjakan sembahyang Witir 5 rakaat dengan satu tasyahud dan satu salam.
Sementara dalam riwayatnya yang lain pula, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat dengan 2 tasyahud dan 2 salam. Kemudian melakukan sembahyang Witir sebanyak 3 rakaat.
1. Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut
2. Niat solat Tahajjud:
Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3. Surah selepas Al-Fatihah:
a. Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b. Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
c. Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
6. Doa Solat Sunat Tahajjud
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa dimakbulkan Allah.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
MEMUDAHKAN SOLAT MALAM:
- Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
- Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
- Membaca ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”
(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan