Lumrah perkahwinan ada pasang surutnya.
Ada kalanya rasa tertekan kerana mungkin sebelum kahwin lain, lepas
kahwin perangai lain. Mungkin ada suami yang diuji dengan karenah isteri
degil. Tapi degil bukan bermakna tak sayang. Mungkin cara dan
pendekatan si suami tu perlu diubah sikit. Suami ego pun tak bermakna
tak sayangkan isteri atau tak ambil peduli.
Rasulullah SAW selalu mengingatkan
isterinya supaya sentiasa ingatkan pengawasan Allah swt atas segala
tindak tanduk dan perbuatan yang dilalukan terhadap suami. Dan para
suami pula mesti lah selalu memberikan didikan yang baik dan teladan
yang elok.
1. Penuhi hajat isteri untuk melembutkan hati
Suami beri nasihat tetapi isteri enggan
dengar kerana suami pun bersikap 2 kali 5. Kalau nafkah pun suami tak
beri dan isteri terpaksa berhempas pulas menyara keluarga, adilkah macam
tu? Selalunya manusia boleh ditakluk dengan kesenangan ( beserta doa
pada Illahi ) untuk memikat hati mereka. Tunjukkanlah bahawa anda suami
yang bertanggungjawab dulu.
2. Tunjuk dulu baru suruh
Suami pun tak boleh mengarah itu ini dan
buat isteri tu macam kuli. Jangan pula berleter kalau isteri itu degil
tak mahu dengar cakap suami. Tunjukan contoh yang baik, ringan tulang
dan sentiasa berlembut apabila bercakap dengan sang isteri. Barulah
hatinya lembut dan sejuk serta mahu dengar kata. Kadang-kadang suami
sendiri tak perasaan yang dia pun tunjukkan contoh yang tidak baik pada
isteri seperti tidak mahu mengemas rumah, masa pun tak disiplin, suka
tangguh kerja dan lain-lain.
3. Dekatkan diri anda dan isteri pada Tuhan
Jika Nabi Musa pun disuruh bercakap
lemah lembut dengan Firaun, inikan pula suami isteri. Teguran yang
ikhlas akan sampai ke hati yang ikhlas. Tiada sebab seseorang itu
memberontak jika disentuh kasih sayang. Suami yang layak memberi teguran
sepatutnya telah melepasi batas ketaqwaan yang tinggi berbanding
isteri. Isteri pula tak perlu lah tunggu suami sempurna dulu baru nak
berubah. Kalau macam tu sampai bia pun tak akan berubah kerana tiada
sifat merendah diri kepada suami.
4. Doa lembutkan hati
Baca ayat berikut, kemudian hembuskan
dikening orang yang kita sayangi (anak atau isteri). Niatkan dan doakan
didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita
dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (Surah Al-Baqarah 2:165)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan