Ahad, 23 Februari 2014

Ujian dunia

Ujian melalui manusia

Tiap daripada kita tak akan pernah sunyi diuji dengan ujian melibatkan manusia….
ada ujian berkait hubungan,

hubungan suami isteri, hubungan anak2, hubungan adik beradik, hubungan rakan sekerja

ada ujian berkait dengan akhlak manusia, ada ujian tentang penerimaan, ada ujian berkait dengan taqdir ,..

begitu juga dengan diri kita...kekadang kita diuji dengan pasangan kita....diuji dengan pelbagai kerenah hinggakan kita menjadi tidak keruan,stress,tidak rasional kekadang naik hantu..entahlah ..itulah jika pasangan dan diri kita tidak mempunyai pegangan dan ikatan agama yg longgar...nak salahkan siapa? Dulu masa bercinta,kita tak fikir itu semua..nah ..bila anak dah besar..tjwb makin bertambah...namun hakikatnya seorang lelaki tidak dapat terima seseorg perempuan atau isteri yang tidak menghormati diri mereka,keras hati serta bercakap kasar dengan suami...hinggakan disuruh solat,belajar agamapunpun di 'degil'kannya...siapa yg tak naik hantu.jika perkara yang baik pun didegilkan
Seseorang suami itu tak minta ditatang..cuma minta dihormati...hidup seperti suami isteri..tidur sekali, .....tp malangnya org yg tak tahu konsep 'taat' dan solat tunggang-langgang..kerana sabda Rasullullah 'jika baik solat,baiklah kelakunya.

Sesiapa sahaja yg hidup berpasangan pasti akan merasai kekurangan pasangan masing2.tetapi percayalah dalam hidup berumah tangga jika konsep ibadah diabaikan tunggulah kesan atau akibatnya.
 
tetapi semuanya adalah dari Allah
semuanya adalah dalam perancanganNYa, dalam aturanNya, dalam pengetahuanNYa

dan Allah memberi kita ujian ini melalui orang2 di sekeliling kita, melalui pilihan2 yang mereka buat ,…
yang dengan kehebatan Allah kita nampak seolah2 keputusan itu berlaku tanpa ada campur tangan Allah..
Allahu akbar

sedang semua yang berlaku adalah dengan izinNya biar ia baik atau buruk di mata kita…
apa yang berlaku pada kita adalah dari Allah…
untuk Allah uji siapa antara kita yang lebih baik amalnya .
 
Allah maha pengasih dan maha penyayang..
mana mungkin zat yang maha besar, maha agung, membiarkan suatu perkara yang sia2 berlaku dalam hidup ciptaanNYa,..
cumanya, hanya ciptaan Allah itu, hambaNYa itu yang sentiasa merasa ada perkara  yang berlaku dalam hidupnya adalah satu ketentuan yang   ada antaranya sangat menyiksakan,..
seolah2 lupa bahawa apa yang berlaku, kita sebagai hamba, hanya itu, hamba,.. yang menjalankan ketentuan dan ketetapan tuannya,..
dan bukan sebarang tuan,.. tetapi tuan yang lebih besar dan hebat dari semua tuan,…

allahu akbar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan