Jom kongsi cerita
sedihnya.... .
"SAYA mahu berkongsi peristiwa
yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar
untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain
difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan
yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun
sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan
anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di
rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering
mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan
dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di
pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah
diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak
ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak
dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya
mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih
ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu
diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu
dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke
rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya
sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat
suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu
juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya
lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat
telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari
bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari
itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya
mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib,
kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di
restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan
usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah
saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh
hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan
suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari
biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami
tersayang. Saya melihat jam tangan.
"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.
Suami tanpa banyak soal
memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di
rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk
tidur.
Saya memang terlalu mengantuk
apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun
seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami
membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan
hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu
melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu
mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan
tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan
mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana
suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk
melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri.
Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan
membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek
terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika
itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara.
Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak
tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami,
tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak
dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam
kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup
ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah
terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya.
Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan
bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya
pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala
terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika
suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak
berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w.
yang saya baca dalam buku agama, 'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,
tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur,
tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka
kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.
Sehingga kini, setiap kali saya
terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa
memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."
Sesgguhnya solatku,ibdahku,idupku,mtiku
hnyalah utk ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan