La Tahzan, jangan bersedih…
Allah swt sangat bersifat pengasih dan penyayang.
sifat hambaNYa jika dalam bahagia , tenang dan damai hatinya , tiada
ketakutan, kesedihan dan bagai maka sukar sekali untuk kenal dan nampak
Allah,..
jika berterusan begitu, maka hati hamba NYA akan gelap dan terus tenggelam dalam cinta dunia.
maka untuk nampakkan diriNYA, untuk perkenalkan diriNYA,
kehebatanNYA, kekuasaanNYA, kesucianNYA, maka dia hantar ujian dan
musibah.
agar hambaNYA sedar bahawa dunia ini tiada apa, dunia ini hanya
sementara, agar hambaNYA nampak yang ALlah jadikan semuanya bukan dengan
sia2 tapi semuanya dalam aturanNYA…
Allah sangat luas rahmatNya,
Dia sangat tahu dan kenal hambaNYA, diberi ujian untuk hambaNYA kenal
sabar, diberi kesusahan agar hambaNYA kenal diriNYA sebagai tempat
mengadu, sebagai tempat meminta, sebagai tempat merayu2, tempat untuk
bercerita dan meluahkan perasaan, dan diberiNYA kebahagiaan, ketenangan ,
kemenangan dan kesenangan sesudah diujinYA dengan kesusahan dan
keperitan agar hambaNYA meletakkan rasa syukur dalam jiwa, berterima
kasih kepadaNYA dan diulangnya proses ini berulang2 selagi hayat
dikandung badan hambaNYA agar si hamba nampak kehebatanNYA dalam
mencipta rasa dan yang penting untuk menapis hambaNYA yang mana tahu
bersyukur dan bersabar dan yang mana tidak,…
untuk diasingkan nantinya dalam dunia yang abadi,…
jalan mengenali Allah swt adalah melalui ujian NYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan