Sabtu, 11 Januari 2014

MUTIARA KATA

Mutiara Kata

AKAL


1. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka adalah jahil (Sayidina Ali Abi Talib)

2. Apabila sempurna akal, kurang perkataan. (Sayidina Ali Abi Talib)

3. Sifat marah ialah musuh utama akal. (Sayidina Ali Abi Talib)

4. Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula dia berkata-kata. (Sayidina Ali Abi Talib)

5. Dada orang yang berakal itu ialah peti rahsianya. (Sayidina Ali Abi Talib)

6. Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat. (Saidina Umar al-Khattab)

7. Walau bagaimana alim pun seseorang itu dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedomankan kepada akal. (Lukmanul Hakim)

8. Hairan melihatsetiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya. Memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya. Menggosok kasutnya tetapi tidak akalnya. (Hamka)



MASA

9. Waktu ialah penasihat yang paling bijaksana. (Pericles)

10. Istilah tidak ada masa bukan merupakan alasan yang jujur kerana pada dasarnya kita semua memiliki masa 24 jam setiap hari. Yang perlu ditingkatkan ialah membahagikan masa dengan lebih cermat. (George Downing)

11. Seandainya saya punya waktu sebanyak lapan jam untuk menebang pokok, akan saya habiskan enam jam untuk mengasah kapak saya. (Abraham Lincoln)

12. Masa depan dibeli oleh masa sekarang. (Samuel Johnson)

13. Setiap jam dalam umur manusia itu ada gunanya. Justeru, masa yang sudah ditentukan bagi jam ini tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita. (WJ Brown)

14. Anda memerlukan lebih daripada 20 tahun untuk membina reputasi tetapi untuk memusnahkannya, anda hanya memerlukan masa lima minit. (Warren B.)


BANGSA

15. Bangsa penakut tidak dapat merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan merupakan penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin)

16. Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup. (Tun Dr. Mahathir Mohamad)

17. Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap. (Ahmad Shauqi Bey)

18. Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tetapi fikiran mereka masih terbelenggu oleh penjara diri. (Dr. HM Tuah lskandaral-Haj)

19. Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan diri tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. (Soekarno)

20. Tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang dapat mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata, sebaliknya bangsa yang maju ialah mereka yang gigih berusaha. (Tan Sri Mustafa Jabar)

21. Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bengantung pada ketinggian darjat kaum wanitanya. (Charles Fourier)


CITA-CITA

22. Jangan biarkan cita-cita yang sedang panas itu mati kerana sejuk. (Carlyle)

23. Cita-cita bererti juga kerelaan bekerja untuk kebaikan dan kepentingan orang lain. (Shahrir)

24. Berusaha untuk mencapai cita-cita bagi diri sendiri itu mulia tetapi mencapai cita-cita bangsa jauh lebih mulia. (Lazarus)

25. Cita-cita besar tidak mungkin dicapai hanya dengan target kecil serta usaha yang biasa-biasa sahaja. (Andrie Wongso)

26. Kita tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan cita-cita yang kuat. (Habib Umar Hafidz)

27. Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak pernah padam. (Hamka)


USAHA

28. Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi. (William Shakespeare)

29. Kepuasan letaknya pada usaha, bukan pada basil. Berusaha dengan keras merupakan kemenangan yang hakiki. (Mahatma Gandhi)

30. Selagi kita bernyawa, kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara. Itulah kebaikan yang sebenar. ( Ibn Zain)

31. Kerja yang dilakukan dengan senang yang tidak kenal putus asa, dapat mengatasi segala-galanya. (Vergilius)

32. Jangan menilai pekerjaan seseorang sebelum pekerjaannya diselesaikan. (Elizabeth Barret Browning)
33. Kita bekerja bukan untuk memiliki wang semata-mata, melainkan untuk menunaikan kewajipan kita. (Ching Hai)

34. Apa-apa pun tugas bidup andat, lakukanlah dengan baik. Seseorang itu harus melakukan pekerjaannya dengan sebaik mungkin sehingga mereka yang masih hidup, yang sudah meninggal dunia, dan yang belum lahir tidak mampu melakukannya dengan lebih baik lagi. (Martin Luther King)

35. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebila mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. (Richard Brinsiey Sheridan)

36. Di Microsoft, kami memberikan kuasa kepada pekerja melaksanakan dan menjadikan idea menjadi kenyataan. Sasaran kita boleh berubah, tetapi nilai tidak boleh berubah. (Steve Ballmer)

37. Selain rela untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa bergantung juga pada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. (Soekarno)

38. Kerja dapat mendatangkan penghargaan kepada penghidupan. Seseorang yang bekerja harus yakin akan tujuan pekerjaannya itu. (Thomas Alva Edison)

39. Apa yang tuan lakukan sekiranya tuan dilantik menjadi Timbalan Presiden. “Saya pasti memperjuangkan kebajikan masyanakat walaupun saya mati ditembak kerana hal tersebut.” (Jack Hathaway)

40. Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu kerja dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya. (Hukama)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan