Hmm..cemburu ye
BAGAIMANA ISLAM MEMANDU
SIFAT CEMBURU DALAM HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
Ketika Nabi Muhamad
S.A.W diutus kepada umat
manusia, Baginda
mengisytiharkan bahawa
perutusannya adalah untuk
melengkapkan akhlak yang mulia.
Baginda juga menghapuskan perilaku-
perilaku hina dan meluruskan apa yang
perlu diluruskan. Di antara sifat yang
mendapat perhatian Baginda dalam
membetulkan masyarakat Jahiliyah di
tanah Arab ketika itu ialah sifat
"cemburu" yang melampau. Sifat
cemburu yang dimiliki oleh lelaki Arab
Jahiliyyah terhadap kaum wanita berlaku
sehingga mereka sanggup menguburkan
anak puterinya hidup-hidup kerana
khuatir nanti ia akan berbuat sesuatu
perkara yang memalukan.
Keretakan rumah tangga juga banyak
berlaku disebabkan perasaan cemburu
keterlaluan, kerana cemburu masalah
kecil diperbesarkan sedangkan masalah
itu boleh diselesaikan dengan berbincang
antara satu sama lain. Kecemburuan
yang melampau seperti ini
diharamkan oleh Allah Taala, tetapi
dalam masa yang sama Allah turut
melestarikan sifat cemburu dengan
menjadikannya sebagai sebahagian
dari cabang iman.
Tidak dapat dinafikan perasaan cinta
menyebabkan wujudnya perasaan
cemburu sebagai ujian dari Allah Taala
kepada manusia. Sifat cemburu
dianugerahkan daripada Allah
sebagaimana orang yang memiliki harta
melimpah ruah, dia pasti akan diberi oleh
Allah perasaan takut jika hartanya
dikebas orang. Itulah cara Allah mendidik
hambaNya agar mengakui bahawa setiap
kenikmatan di dunia ini tidak kekal seperti
mana kenikmatan di akhirat. Oleh kerana
itu, suami mahupun isteri mestilah
bersikap adil dalam mengaplikasikan
sifat cemburu yang terarah menurut
panduan Al Quran dan As Sunnah.
Kerana, boleh jadi sikap cemburu yang
keterlaluan mengakibatkan putus
hubungan, putus persahabatan, putus
pertunangan dan tidak kurang juga
berlaku perceraian. Malah ada juga kisah
cemburu yang menjadi motif kepada kes-
kes jenayah seperti pembunuhan, khianat,
simbah asid dan sebagainya.
Nabi Daud A.S pernah berpesan kepada
anaknya Sulaiman A.S, "Wahai anakku,
jangan terlalu banyak cemburu kepada
isterimu, jangan kamu lihat yang buruk-
buruk sahaja. Ini kerana, sifat yang
keterlaluan itu akan menyebabkan
isterimu menjadi mangsa tuduhan yang
melampau padahal dia bersih dari
tuduhan tersebut" - Sunan Al Baihaqi
1/499
Sifat cemburu yang berlebihan
menyebabkan pasangan suami isteri
saling bersangka buruk sesama sendiri
dan hubungan kian menjadi
retak. Cemburu yang timbul berasaskan
perasaan ragu dan sangsi seperti ini
dikatakan "cemburu buta". Cemburu
seperti inilah yang akan membuka pintu
kemungkinan berlakunya kesalahan dan
kemurkaan Allah Taala. Iaitu apabila
sesuatu yang dicemburukan diyakini
benar berlaku walaupun tanpa selidik dan
usul periksa. Cemburu seperti ini boleh
meracuni perhubungan dan pergaulan
ketika mengharungi bahtera kehidupan.
Namun, tanpa cemburu juga merbahaya.
Melalui cemburu, seseorang menunjukkan
sikap ingin mempertahankan sesuatu
seutuhnya, dijaga sepenuh
pengawasannya. Tanpa cemburu juga
maka tiada siapa yang akan ambil peduli
dan terpanggil untuk rasa
bertanggungjawab membaiki keadaan.
Sebarang kebiasaan tabiat buruk dan
keterlanjuran akan mudah membarah
menjadi gejala tidak sihat apabila tiada
sesiapa yang peka dan sensitif dengan
kecemburuannya. Kita khuatir tanpa sifat
cemburu atau kononnya mahu digelar
"sporting" , ia nantinya melahirkan
masyarakat yang sesat barat, sehingga
seseorang itu tega membiarkan lelaki lain
berjalan-jalan bersama
isterinya, membiarkan pergaulan adik
perempuannya tanpa kawalan. Oleh
kerana itu, sifat cemburu menjadi satu
elemen yang diperlukan bagi memastikan
keutuhan rumah tangga, asalkan neraca
yang menjadi asas kecemburuan itu selari
dengan kehendak Allah Taala.
Jika perasaan cemburu hilang kepada
pasangan hidup dengan alasan saling
mempercayai satu sama lain, satu hari
nanti ia pasti akan mengundang fitnah
dan kerosakan rumah tangga. Seorang
lelaki berdiri dan berkata, "Wahai
Rasulullah sesungguhnya isteriku pergi
haji, sedangkan aku telah diwajibkan ikut
di dalam peperangan ini". Maka Baginda
bersabda, "Pergilah berangkat haji
bersama isterimu" - Sahih Bukhari (3006)
Seorang suami bukan sahaja harus
mencemburui isterinya, malah isteri juga
harus mencemburui suaminya. Demikian
juga ibu bapa harus cemburu kepada
anak-anaknya. Kecemburuan ini
bersumberkan ikatan kasih sayang.
Persoalannya, kasih sayang yang
bagaimana? Sebagai contoh, tidak cukup
sayangkan isteri kerana kecantikan rupa
parasnya. Jika demikian, apabila
kecantikan itu hilang dimamah usia
maka akan pudar jugalah rasa cemburu
suami terhadap isterinya. Sayang tidak
akan kekal dan cemburu tidak akan
berterusan jika diikat dengan sesuatu
yang tidak abadi dan hakiki. Oleh kerana
itu, sayang dan cemburu seorang suami
atau bapa kepada isteri dan anaknya
haruslah sampai ke pintu syurga.
Firman Allah Taala :
"Wahai orang beriman! Peliharalah diri
kamu dan keluarga kamu dari neraka
yang bahan-bahan bakarannya manusia
dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan
dikawal oleh Para Malaikat yang keras
kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala
yang diperintahkanNya kepada mereka,
dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan" - At Tahrim:6, Al
Quranul Karim
Dalam melaksanakan perintah
pemeliharaan ini maka ketua keluarga
perlu memiliki sifat cemburu, dan
cemburu itu juga mestilah
kerana sayangkan hubungan kasih dan
cinta kepada Allah, kerana Dia-lah
sumber kasih sayang yang paling utama.
Jangan tergadai ikatan kasih sayang
kepada Allah dek terlalu sayangkan anak,
isteri, harta benda dan lain-lain. Jika
berlaku pertembungan cemburu atau
cinta antara kepada Allah dan selainnya
maka perhatikanlah firman Allah ini :
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika
bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,
dan saudara-saudara kamu, dan isteri-
isteri (atau suami-suami) kamu, dan
kaum keluarga kamu, dan harta benda
yang kamu usahakan, dan perniagaan
yang kamu bimbang akan merosot, dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu
sukai, (jika semuanya itu) menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih
daripada Allah dan RasulNya
dan (daripada) berjihad untuk
agamaNya, maka tunggulah sehingga
Allah mendatangkan keputusanNya
(azab seksaNya); kerana Allah tidak
akan memberi petunjuk kepada orang-
orang yang fasik (derhaka)" - At
Taubah:24, Al Quranul Karim
Sifat cemburu mestilah dipandu dengan
asas iman dan akal, bukan emosi
semata-mata. Sikap cemburu jika
berasas, itu adalah tanda iman. Namun
cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda
penyakit hati.
Cemburu Sifat Orang Beriman, Tanda
Sayang & Bukti Harga Diri
Cemburu itu tanda sayang, ia menjadi
bumbu dalam hubungan kasih sayang.
Tetapi, sayangilah apa jua asalkan ia
dihubungkan kepada Allah Taala Yang
Mempunyai Segala-galanya. Justeru,
cemburulah apabila suami atau isteri
mahupun anak yang menunjukkan tanda-
tanda lalai dan melencong daripada
landasan hidup sebagai orang yang
dicintai Allah. Rasulullah S.A.W bersabda,
"Sesungguhnya sifat cemburu itu
ada yang disukai Allah dan ada yang
dibenci-Nya. Adapun sifat cemburu yang
disukai Allah adalah kecemburuan pada
hal-hal yang pasti, sedangkan yang
dibenci olehNya adalah kecemburuan
pada hal-hal yang tidak pasti (memiliki
keraguan dan syak wasangka)" - Sunan
An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud
(2659)
Sa'ad bin Ubadah R.A pernah
menggambarkan perasaan marahnya di
hadapan Para Sahabat jika dia
mengetahui isterinya bergaul
dengan lelaki lain. Lalu Rasulullah S.A.W
bersabda, "Apakah kalian merasa hairan
dengan kecemburuan Sa'ad?
Sesungguhnya aku lebih cemburu jika
dibandingkan dengannya, dan Allah lebih
cemburu jika dibandingkan denganku.
Kerana itu Allah melarang perbuatan keji,
baik ia dilakukan secara terang mahupun
secara sembunyi. Dan tiada sesiapapun
yang suka memberi maaf lebih daripada
Allah, dan kerana itu diutusNya orang-
orang yang akan memberikan berita
gembira dan orang-orang yang
memberikan peringatan. Tiada
seorangpun yang suka menerima pujian
lebih daripada Allah, dan kerana itu
(untuk orang memujiNya) dijanjikannya
syurga" - [ rujuk Sahih Bukhari
(6846), Sahih Muslim (6846) ].
Ketika salah seorang isteri Rasulullah
S.A.W bernama Mariah Al Qibtiyyah
mengandung, seorang kerabat lelakinya
dari Mesir kerap datang menziarahi
Mariah. Pada suatu hari, Rasulullah
menemui Mariah dan melihat kerabat
lelaki tersebut bersamanya. Rasulullah
merasa cemburu sehingga terlihat warna
kemarahan diwajahnya. Umar Al Khattab
merasai perubahan sikap Rasulullah
S.A.W itu, lantas Umar bertanya tentang
keadaan Baginda S.A.W. Lalu Rasulullah
menceritakan kecemburuannya terhadap
kerabat Mariah yang kerap datang
ke rumahnya.
Apabila mendengar keresahan Rasulullah
S.A.W, Umar lantas menghunus pedang
mencari lelaki itu, lantas lelaki dicarinya
segera menuturkan bahawa dirinya telah
dikembiri oleh raja. Umar tidak jadi
mengancamnya dan terus menemui
Rasulullah menceritakan hal sebenar.
Rasulullah berkata kepada Umar, "Jibril
telah datang kepadaku dan
membebaskan Mariah dan saudaranya
dari tuduhan yang terlintas pada diriku.
Allah juga memberikanku khabar
gembira bahawa aku bakal menimang
cahaya mata lelaki, dan Allah
memerintahkan kepadaku agar anak itu
diberikan nama Ibrahim" .
[ rujuk Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul
Muttaqin, Ibnu Qayyim Jauziyyah,
hal.296 ]
Sifat
cemburu
tidak
terkecuali
turut
dimiliki
oleh
Umar
Al
Khattab,
Sahabat
RasuliLlah
S.A.W
yang terkenal dengan sifat tegas
dan garang. Abdullah bin Umar R.A
menceritakan bahawa beliau pernah
bertanya kepada Atikah binti Zaid, salah
seorang isteri Umar Al Khattab, "Mengapa
bonda tetap keluar solat Subuh dan Isya'
ke masjid? Sedangkan bonda tahu
bahawa ayah (Umar) tidak suka dan
cemburu dengan perbuatan bonda?"
Lalu Atikah berkata, "Jika demikian,
mengapa Umar tidak pernah
menghambat dan melarangku?".
Abdullah bin Umar menjawab, "Ayah tidak
melakukan demikian kerana Rasulullah
S.A.W mengarahkan supaya jangan
menghalang kaum wanita ke masjid" .
Dalam riwayat lain, Atikah berkata
kepada Umar Al Khattab, "Demi Allah,
dinda tidak akan berhenti pergi ke masjid
sehinggalah kanda melarangku berbuat
demikian" [ rujuk Fathul Bari syarah
Sahih Bukhari, 3/34 ].
Diriwayatkan juga, Atikah mula berhenti
pergi ke masjid setelah diganggu seorang
lelaki di dalam perjalanannya.
Benar, suami tidak boleh terlalu menyekat
isteri dari bergaul dengan orang sekeliling
terutama berhubungan dengan keluarga
dan rakan-rakan wanita yang solehah.
Namun, suami wajib menegah isteri dari
terlibat dengan hubungan yang dilarang
agama seperti hubungan dengan lelaki
yang bukan mahram tanpa ada
keperluan, ataupun bergaul tidak tentu
hala. Suami turut mempunyai hak
menegah isteri dari terlibat dalam
pergaulan sedemikian untuk menutup
ruang kepada kemungkaran. Sabda
Rasulullah S.A.W, "Allah itu pencemburu
dan seorang Mukmin juga pencemburu,
Kecemburuan Allah itu bila ada seorang
hamba datang kepadaNya dengan
perbuatan yang diharamkanNya" - Sahih
Bukhari (4925), Sahih Muslim (2761).
WAllahua'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan