Tak ke mana jika cintai.....
Sungguh kagum dengan ujian yang diberikan ke atas Nabi Ibrahim as dengan pelbagai dugaan dari Allah .Yang paling berat ialah menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail....ya Allah besarnya dugaan . Perintah ini adalah ujian besar Allah ke atas Nabi Ibrahim sama ada cintakan anaknya atau Allah.Begitu hebatnya Nabi Ibrahim diuji ..ya Allah..bagaimana ujian ke atas kita..?
Paling dekat dengan kita ialah orang yang kita sayang...kita diamanahkan untk hidup dengannya sebagai sepasang suami isteri...bohonglah kita tak pernah bergaduh dengan isteri kita..kecil atau besar.Tidak semua pasangan itu cukup sifat-sifatnya .Ada kelemahan dan kekurangan dan kekurangan itulah menyebabkan kita kekadang tidak selari dengan caranya..itulah menyebabkan berlaku pergaduhan..
Ujian Allah ke atas umatnya bergantung tahap imannya.Iman yang lahir dari hati sama ada suci atau kotor..Para Nabi,Ambiya,Ulamak diuji dengan dugaan yang berat....kita diuji dengan pasangan masing-masing..Antara ujian yang paling getir ialah isteri atau suami bercinta dengan orang lain.Sesiapa juga yang diuji begitu..orang yang kita kasihi selama ini mula mengingati orang lain ..lelaki dan suami orang ..reda jalah...kalau mengamuk macam mana sekalipun ,kita tidak boleh menghalang hubungan dengan hati mereka...cuma itulah konsep taat itu diabaikan dan perempuan jenis ini tergolong dari kalangan wanita yang tidak jujur serta rendah pendidikan agamanya...selalunya ciri-ciri wanita ini ialah jenis yang suka melawan cakap suami dan meninggikan suara ..bertindak ikut hati dan tidak mengikut ajaran agama..bagi mereka itulah kepuasan dan bangga dapat melawan suami..kalau kita kata berdosa sekali dan nyatakan syurga isteri adalah taat pada suaminya tidak akan memberi apa-apa kesan pun...Inilah ujian yang kebanyakkan manusia berpasangan tempuhi....begitu juga ujian ke atas isteri diberi suami yang kaki pukul,berjudi dan kaki perempuan..yang malangnya perempuan ini adalah dari jenis yang baik-baik tetapi itulah ujian yang diterimanya...
Dalam menuju jambatan akhirat konsep cinta kepada Allah boleh diperolehi melalui solat yang khusyuk.Khusyuk kah solat kita...masa nak ambil air sembahyang pun kita telah diganggu syaitan..contoh membazir air..belum lagi solat...
Di dalam hidup ini,ada tiga ciptaan yang Allah SWT jadikan sebagai penanda aras sesebuah darjat seseorang hamba Tuhan..ketiga-tiga itu ialah malaikat,manusia dan binatang.Malaikat diletakkan di tangga atas sekali kerana malaikat dikurniakan akal oleh Allah, jadi mereka tidak pernah atau membantah perintah Allah kerana malaikat tidak mempunyai nafsu.Tangga kedua ialah manusia yang diberi akal dan nafsu.Nafsu diberikan kepada kita sebagai ujian dan itulah kaitannya dengan hidup berpasangan tadiJika manusia dapat melawan nafsu maknanya tingkat manusia akan berada di atas dan jika tidak dapat melawan nafsu maka taraf manusia rendah daripada binatang...manakala tangga ke-3 ialah binatang yang hanya diberi nafsu.....
Sebab itu dalam ilmuan Islam jangan kita sayang seseorang itu seratus peratus.. salah tu sebabnya adakah manusia sempurna sifatnya ..jawapannya tidak...manusia penuh dengan sifat boros,tipu,malas,rajin dan yang paling teruk ialah curang pada pasangan masing-masing.
Terus terang dalam mencari hati yang tenang jiwa dan hati kita perlu bersih....Nabi Muhammad SAW beberapa kali dicuci hatinya ....kita bagaimana dengan era teknologi masa kini ...macam mana nak cucikan hati kita ,mata kita apa yang kita lihat dan apa yang dilihat ...
Untuk mencintai Allah hati kita perlu bersih dan suci..kekadang ujian yang diberi kepada kita bertujuan untuk sucikan diri kita..supaya kita dekatkan diri padanya ..lawan nafsu tetapi jika nafsu menguasai diri kita ...mungkin kita akan ikut telunjuk syaitan..yang sentiasa mencari peluang....
Memang benar hidup ini adalah sebuah perjalanan.Ada kalanya kita tiba di destinasi yang pahit dan ada kalanya kita singgah di destinasi yang manis....kerana itu dipetik dari kata Imam Syafie" Air yang tidak bergerak itu mati,tetapi air yang berjalan itu berguna ,boleh mengambil wuduk dengannya,boleh menyucikan serta memberi manfaat untuk semua"kerna itu Allah memerintahkan kepada manusia supaya berjalanlah ke segenap penjuru bumi ini dan carilah pengalaman hidup....
Aku pun masih tercari-cari dan bertanya tentang Tuhan...adakah aku mengenaliNya,,,mempelajari sifatNya..dan mudah2an aku diberi hidayah olehNya untuk menyintai Nya dan ku mohon Ya Allah berikanlah sedikit rasa rindu dan cintaku dari cebisan hati para ambiya,para nabi dan para sufi untuk aku mendekatkan diriku kepada Mu....kerna imanku tidak seteguh mereka dan tidak sedalam mereka....
fame1968
at:3.30 pm....2.9.13......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan