Selasa, 3 September 2013

Isteri yang degil


 Bagaimana suami menghadapinya......


 

Seperti yang selalu saya katakan, suami itu adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam kerajaannya. 
Apa yang nak dipaparkan kali ini ialah jika kita mendapat isteri yang degil.Isteri yang degil ini biasanya berkait rapat dengan keturunannya sama ada mengikut perangai di sebelah ibu atau emaknya..kedegilannya ini merangkumi sikap dan perangai dan menutup terus hukum tentang sifat taat kepada suami serta hukum Allah.Biasanya wanita jenis ini amat kurang ilmu agama dan kalau dia membaca atau mendengar tentang hukum hakam ini sekadar menjadi hiasan pada tulisan di blog atau facebook sahaja.
Yang lebih ketara lagi ialah sikap isteri yang tidak jujur dengan lebih menghormati rakan atau kawan-kawan lelaki lebih dari suaminya.Lebih mendengar cakap kawan dari suami dan mudah meminta maaf dengan rakan dan sukar mohon maaf dengan suami...
 Pernah terjadi kepada seorang rakan di mana apabila berlaku pergaduhan yang mengalah hanyalah di pihak Suami..merayu dan memohon maaf..sedangkan di pihak isteri masih berdegil,membatu dan tetap tidak akur dengan kesilapannya..tetapi kalau dengan orang lain cepat2 mohon maaf..dan yang lebih buruk lagi ialah tidak bersalam atau bercium tangan dengan suami sebelum pergi kerja...malangnya ya....Inilah dikatakan cetek agama dan si suami perlu bertindak mendidik walaupun dalam 'kepanasan hidup' sebelum terlambat...
Lihatlah firman Allah...

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka Wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS. An-Nisa 34) 

Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!
Ingatkan lelaki bila berusia 40-an sahaja yang akan berubah..rupa2nya isteri yg berusia 40-an pun mulai berubah...tetapi lagi teruk.....

Cuba semak apa yang sedang berlaku. Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalkan mungkin bersembang dengan rakan hingga larut malam dan si isteri mulai bosan mula berjinak2 dengan alam maya iaitu fb..akhirnya terjumpa rakan lelaki lama ..fikir2lah apa seterusnya..lepas itu bila dah ada friend kat fb dah tak kisah  suami ada ka atau tidak ..ini yg berlaku pada rakan aku....Ya Allah ikhlaskah isteri macam ni?Bila hal ini terjadi isteri mulai rasa lebih 'disayangi' oleh friend lama itu..mulalah tunjuk muka toya kat suami dan inilah antara kesannya menjadikan isteri itu degil.
Suami yang tidak kuat imannya mula 'membalas' dendam...mereka mula mencari pasangan baru....dan akhirnya bermadulah si isteri tadi....siapa yang salah...tetapi bagi suami yang mempunyai kekuatan menahan segala dugaaan dalam hidup mula membimbing isterinya,,senantiasa berdoa dan berdoa...sampai bila? kalau tidak juga berubah ..carilah pasangan baharu...insaAllah akan lebih baik dari yang lama....

 . Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.

Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.

Wajib menasihati

Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam telefon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat algi memandang isteri begitu juga si isteri pakai lawa2 bergincu bukan untuk suami lagi...hmmm. Akhirnya aktiviti seksual pun tidak mempunyai sentuhan kalbu yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.

Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mangapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling ebrharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum memulaukan atau memukul tanpa mencederakannya.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud,
“Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”
Sentuhan jiwa
Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?

Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.

Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.

Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Isteri perlu faham,,jika suami berlembut bukan mengalah atau merayu tetapi untuk membetulkan keadaaan dan harus diingat suami ada lagi 'tiket tambahan'....wallahuaklam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan