Isnin, 9 September 2013

Dah Kahwin?


Pesanan buat semua...


Nasihat ayah untuk puterinya......
Nasihat ayah buat anak perempuan yang bakal bergelar isteri..
Wahai anakku,
Dua perkara ini anakku..jika engkau pegang dan tanam dalam kehidupanmu dan dirimu,
InsyAllah akan dikau menemui keharmonian dan keamanan dalam pelayaran rumah tangga.
Itulah antara "Sabar" dan "Tolak Ansur".
Andai engkau berjaya memenuhinya kedalam sikapmu, maka kukuhkanlah ianya sehingga keakhir hayatmu,
Sekiranya dirimu belum lagi mencapainya...maka persiapkanlah diri sebaik-baik dan sebenarnya dengan memperhebatkan dahulu dirimu dengan dua perkara tersebut.
Dengan sabar dan tolak ansur, kamu bakal membawa hati dan kehidupan suamimu dalam beroleh kebahagiaan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam rumah tangga. Janganlah dikau menurut emosi dan penilaianmu kecuali dengan mengingati dua perkara tersebut.
Sabar & Tolak ansur daripada hati yang ikhlas dan tiada menyimpan apa jua perasaan daripada pengaruh dan persekitarannya.
Walau kamu dipihak benar...maka tetaplah bersabar dan bertolak ansur.
Percayalah anakku, bila masalah datang menguji suatu ketika nanti antara dirimu dan suamimu..kamu bijak atur ianya dengan perkara tersebut..maka suami itu akan berfikir dan merenung kembali atas kesilapan yang dilakukannya.

Bagaimana?
 ●Cinta itu tidak dapat dipegang atau dipandang seperti benda tetapi ia dapat dirasakan melalui hati yang ikhlas dan jujur.Tanyalah pada hati apa atau siapa yang ada didalamnya.
●Jangan memilih pasangan berdasarkan paras rupanya,kerana harta ataupun pangkatnya.Eloklah memilih kerana hati anda memang benar-benar sukakannya.
●Andainya anda ingin memilih pasangan berdasarkan pangkat dan harta.Harus diingat bahawa semuanya hanyalah sementara, dan pinjaman dari Tuhan semata-mata.Bila-bila masa Tuhan boleh menarik balik apa yang diberikan.Usah anda tertipu dengan tarikan dan godaan material.
●Jika memilih pasangan berdasarkan paras rupa memangnya tak salah.Tetapi,apakah kecantikan atau ketampanan itu akan kekal selamanya?Fikirkanlah..sekiranya pasangan anda cantik/tampan seperti model-model, apakah anda boleh sehebat dan sama rata dengannya?Mungkin lebih baik jika memilih yang sedap mata memandang saja..
●Janganlah terpedaya dengan apa yang anda nampak pada luaran pasangan sahaja kerana apa yang penting dalamannya.Misalnya beradab,bersopan santun,pengasih,penyayang,
dan sebagainya.
●Tidak dinafikan ada yang memilih untuk memiliki hak orang lain.Sebaik-baiknya,elakkanlah dari bersikap sedemikian.Hakikatnya,tiada siapa yang sebenarnya rela dan sanggup berkongsi kasih.Sesiapa pun mahukan orang yang dicintai milik dirinya seorang saja.
●Elakkan dari memilih pasangan yang tidak menghormati dan menghargai diri anda.Misalnya pasangan yang berani memukul,menghina,dan tidak menunjukkan kasih sayangnya.Biarlah anda tak memiliki si dia asal maruah dan harga diri terjaga.Bukankah cinta itu seharusnya memberikan kebahagiaan bukan penderitaan.
●Kiranya anda terpaksa memilih diantara banyak pilihan,pilihlah orang yang menyayangi dan sanggup bersusah kerana anda.Cintai orang yang menyintai anda dan anda pun menyintainya.Ketepikanlah orang yang hanya anda saja menyintainya sedangkan dia hanya menganggap anda sebagai peneman hidupnya saja.
●Andai anda disuruh memilih menurut pilihan ibubapa,usahlah bimbang dan risau.Setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya.Jika anda belum bertemu orang yang sesuai,tiada salahnya mengikut pilihan dan kemahuan ibubapa.
●Yakin dan tetapkan hati dengan pasangan yang anda pilih.Jangan mudah berubah hati hanya kerana anda rasa ada yang lebih baik darinya.

Yang dah kahwin...

Insan yang sudah berlesen tentunya telah dan sedang mengalami perasaan ini...

*Seronok dan bahagia bersama pasangan anda?
*Adakah pasangan anda seorang yang solehah atau solihin?
*Pernah bercinta sebelum kahwin?kalau pernah bagaimana ?Adakah cinta itu berkekalan sampai
  sekarang?
*Pasangan anda masih menyayangi anda?
*Pasangan anda taat kepada anda?
*Pasangan anda seorang yang menyejukkan hati?
*Pasangan anda menghormati anda?
*Yang tidak sedapnya adakah pasangan anda berahsia sesuatu dengan anda?

pss...kita tidak dapat apa yang kita idamkan...cuma setiap pasangan ada kurangnya...beruntung seandainya pasangan kita itu BERILMU....dan yang malangnya pasangan kita itu TIDAK IKHLAS dengan kita...masaAllah....oleh itu didik dan bimbinglah pasangan kita ke arah kebaikan...andai begitu juga sikapnya yg menyakitkan jiwa....fikir-fikirkanlah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan