Ahad, 22 Jun 2014

Mengembirakan Isteri@pasangan anda

Rasulullah SAW bersabda :
“Yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik (perlakuannya) terhadap isteri-isterinya dan aku adalah yang terbaik di antara kalian terhadap isteri-isteriku.”
Rasullullah SAW juga bersabda :
“Tidak ada yang memuliakan wanita dengan sejati kecuali laki-laki yang pemurah (dermawan) dan tak seorangpun yang menghina mereka (wanita) kecuali laki-laki yang kasar.”
20 cara suami membahagiakan isterinya :
  1. Hendaklah anda selalu memperlihatkanlah wajah yang menyenangkan ketika masuk ke rumah, ucapkan salam Islam “assalaamu’alaikum” dengan senyuman yang manis, raih tangannya dan peluklah isteri anda dengan mesra.
  2. Ketika berbicara, ucaplah kalimat yang manis serta memikat isteri anda. Usahakan isteri anda merasa benar-benar diperhatikan dan menjadikannya wanita paling istimewa untuk anda. Untaian kalimat yang disampaikan kepadanya hendaklah jelas (ulangi jika perlu) dan panggillah isteri anda dengan sebutan yang dia sukai seperti ; manisku, sayangku, cintaku dan lain sebagainya.
  3. Meskipun anda mempunyai beban kerja yang banyak, luangkanlah waktu untuk beramah mesra dan bersenda gurau dengan isteri anda. Hal ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana beliau juga beramah mesra  dan menghabiskan waktu bersama para isteri beliau, meskipun pada saat itu beliau juga penuh dengan pekerjaan serta beban tanggung jawab yang sangat besar.
  4. Mainkanlah suatu permainan ataupun selingan yang menggembirakan bersama isteri anda. Hal ini dinyatakan dalam suatu hadith bahawa Rasullah SAW bersabda :
  5. “Semua hal yang di dalamnya tidak menyebut nama Allah SWT, adalah suatu yang sia-sia, kecuali dalam empat hal : seorang laki-laki yang sedang bermain dengan isterinya, melatih kuda, memanah di antara dua sasaran, serta mengajarkan berenang.”
  6. Membantu pekerjaan sehari-hari rumahtangga. Usahakan  membantu dan menolong isteri anda dengan tugas-tugas seharian rumahtangga anda, seperti membeli makanan, menyiapkan makanan, membersihkan serta mengatur rumah, dan lain sebagainya. Hal-hal seperti ini akan membawa kebahagiaan tersendiri pada diri isteri anda dan tentu saja akan semakin memperkuat cinta  dan hubungan anda bersama sang Isteri.
  7. Usahakan musyawarah selalu menghiasi rumahtangga anda. Bermusyawarahlah dengan isteri anda, dalam setiap permasalahan. Pendapat yang disampaikan Ummu Salamah kepada Rasulullah SAW pada saat perjanjian Hudaibiyyah adalah suatu kejadian yang sangat terkenal. Hal ini merupakan cara yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk bermusyawarah dengan para isteri dan para sahabat beliau.
  8. Ketika Isteri anda sedang berkunjung ke tempat saudaranya, teman-temannya, serta orang-orang saleh, maka temanilah isteri anda.
  9. Tatacara melakukan perjalanan dan meninggalkan isteri di rumah. Jika anda tidak boleh membawa serta isteri anda dalam perjalanan, maka ucapkanlah selamat tinggal dengan penuh rasa sayang, bekalkan isteri anda dengan persediaan keperluan sehari-hari dan wang secukupnya, mintalah isteri anda untuk mendo’akan anda, sentiasalah untuk menghubungi isteri anda. Jangan lupa untuk meminta pertolongan kepada orang yang anda percayai untuk menjaga keluarga anda selama anda tiada. Singkatkan perjalanan anda jika dirasa sudah tidak penting lagi dan pulanglah dengan membawa hadiah. Hindari untuk pulang pada malam hari atau pada saat-saat yang tidak diharapkan.
  10. Pengurusan kewangan. Tumbuhkanlah sikap dermawan pada diri anda (tidak kedekut) dalam urusan pengeluaran rumah tangga anda sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Pengurusan kewangan yang baik (tidak boros )  sangat berguna untuk memelihara kestabilan perkahwinan anda.
  11. Buatlah diri anda agar selalu berbau harum dan perindahkan penampilan anda.  Allah SWT itu indah dan Dia menyukai keindahan. Maka selalu bersihlah anda, rapi, dan pakailah minyakwangi. Ibnu Abbas r.a. berkata :
  12. “Saya menyukai keindahan diri saya sendiri untuk isteri saya, seperti halnya saya menyukai keindahan isteri saya untuk saya.”
    suami n isteri
  13. Tentang hubungan seksual. Merupakan tugas dari suami untuk mencukupi keperluan serta hasrat seksual sang isteri. Boleh jadi ada waktunya  kesihatan fizik dan psikologi isteri anda sedang berada dalam masa yang memerlukannya.
  14. Penuh perhatian. Seorang suami muslim harus sangat perhatian dan penuh perasaan terhadap isterinya. Isteri anda pasti mengalami  bermacam-macam perubahan baik secara fizik dan psikologi. Pada saat-saat seperti itu, isteri anda sangat memerlukan suatu perlakuan yang mesra dan penuh perhatian, agar isteri anda boleh menghapus kesusahan dan kesedihan yang sedang dialaminya, serta menenangkan perasaannya yang mudah tersentuh.
  15. Jagalah kerahsiaan perkahwinan Anda. Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Abu Sa’id Al-Khudry bahwa Rasulullah SAW bersabda :
  16. “Sungguh di antara orang yang paling buruk di hadapan Allah SWT pada saat hari kebangkitan adalah laki-laki yang mendatangi isterinya untuk melakukan hubungan badan, dan dia menceritakan rahsia itu (tentang hubungan badan) kepada yang lain.”
  17. Bekerjasama dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT, solat berjama’ah dan selalu tingkatkan aktiviti anda dalam beribadah kepada Allah SWT, seperti bersedekah, dzikir (mengingat Allah SWT), dan solat pada malam hari (qiyamul lail). Rasulullah SAW bersabda :
  18. “Semoga rahmat Allah SWT dilimpahkan kepada laki-laki yang bangun pada malam hari dan membangunkan isterinya untuk solat bersamanya, dan jika dia menolak maka percikkan air ke wajahnya”
  19. Selalu menunjukkan rasa hormat kepada keluarga dan teman isteri anda.
  20. Usahakan untuk mendidik isteri anda tentang islam dan berilah isteri anda nasihat-nasihat.
  21. Cemburu yang sewajarnya.
  22. Bersabar dan berlaku lembutlah kepada isteri anda. Kawal kemarahan anda dan buatlah sang isteri untuk menghilangkan keragu-raguannya terhadap anda, dan nasihatilah dia ketika melakukan suatu kesalahan.
  23. Jadilah pema’af dan tegurlah isteri anda dengan cara yang baik dan sampaikan pada saat yang benar-benar tepat.
  24. Jadilah seorang suami muslim yang sejati, dan terapkan semua yang pernah dibaca dan dipahami tentang Islam, dengan arif dan bijaksana.
“Nasihat Indah Untuk Suami Isteri”, karya Syeikh Umar Bakri Muhammad, bagaimana para suami memikat isteri mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan