But today, i did’nt want to share about the level of jelousy of individual person di sini ye! Mari kita kaji kebaikan dan keburukan cemburu terhadap seseorang individu.
Kebaikan Cemburu.
1) Dapat meningkatkan kejayaan dan keyakinan diri.- Jika seseorang itu mempunyai sikap cemburu terhadap kejayaan insan lain, secara tidak langsung dia akan berusaha untuk berjaya sepertinya juga. Dia akan cuba untuk mencapai tahap sebegitu. Contohnya, seorang pelajar yang selalu gagal dalam satu-satu subjek dan cemburu lihat rakannya berjaya dalam subjek tersebut, maka dengan adanya sikap cemburu terhadap kejayaan rakannya itu dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam subjek tersebut.
2) Menggalakkan seseorang individu utk berfikiran POSITIF.
- Dengan adanya sikap cemburu, maka kita akan lebih berfikiran positif. Kita akan mula menganalisis segala kelemahan & kekuatan diri utk berjaya spt org lain.
3) Dapat menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang.
- Dengan adanya perasaan cemburu dalam diri seseorang maka ia akan dapat menunjukkan rasa kasih sayang individu terbabit. Contohnya dalam sesebuah perhubungan yang tidak berlandaskan apa-apa, perasaan cemburu yang hadir dalam diri individu itu, akan menyedarkannya tentang rasa hati yang sebenar.
4) Dapat memelihara kerukunan sesebuah perhubungan.
- Cemburu juga penting dalam sesebuah perhubungan. Contohnya dalam sesebuah hubungan perkahwinan yang mana cemburu itu perlu dimiliki oleh suami atau bapa selaku ketua keluarga demi menjamin keharmonian rumahtangga. Hal ini kerana keharmonian merupakan suatu anugerah yang tidak boleh dinilai dengan harga.Jadi dengan adanya cemburu dalam kita hidup berumahtangga nih secara tak langsung ia dapat memelihara kerukunan rumahtangga daripada sebarang cacat cela.
Keburukan Cemburu.
1) Meningkatkan sijil PHD dlm diri individu.- Betul ke cemburu nih blh tingkatkan sijil PHD?? Betul… Saya nak jugak ada sijil PHD nih,,idaman semua orang kan? Tapi sijil PHD nih bukan sijil Dr Falsafah tau tapi PERASAAN HASAD DENGKI. Cemburu yg berlebihan dalam diri seseorg individu boleh menyebabkan dia menyimpan koleksi sijil PHD ini. Sijil ini tidak bagus dimiliki oleh setiap individu kerana ia boleh mendorong seseorang itu bertindak di luar batasan seseorang manusia normal.
2) Merosakkan sesebuah perhubungan yang sedia terbina.
- Cemburu yg melampau vs cemburu buta boleh menjejaskan sesebuah perhubungan. Contohnya dalam rumahtangga, sekiranya si isteri atau suami memiliki sifat cemburu yang terlampau ini, maka secara tak langsung ia akan menjejaskan hubungan perkahwinan mereka, sehingga menyebabkan perang dingin dlm rumah tangga, perceraian etc. Perkahwinan sekali seumur hidup kan, takde siapa yang nak ia berlaku berkali-kali dalam hidup. Andai ikatan itu terputus, disebabkan cemburu buta kita jugak yang merana.
3) Sahabat syaitan.
- Seseorang yang terlalu cemburu, merupakan individu yang disukai oleh syaitan. Sebab apa? Sebabnya apabila dia terlampau cemburu, dia tidak boleh berfikir dengan baik dan waras. Ketika ini mereka lebih senang bersahabat dengan syaitan, yang mana mereka mudah dihasut oleh oleh syaitan dan mudah terdorong melakukan sesuatu yang tak masuk akal.Contohnya dalam perniagaan, seseorang yang kuat cemburu terhadap rakan perniagaannya dan tidak senang dengan kesenangan dan kejayaan yang dimiliki oleh individu itu berkemungkinan untuk mengkhianati rakannya itu.
…sekadar renungan……
Sebenarnya bukan semua cemburu itu tidak baik. Ada cemburu yang
baik dan terpuji malah disukai Allah. Nabi s.a.w. ada bersabda: “Di
antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci
Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan,
sedangkan yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi.”
(Riwayat Abu Daud)Cemburu yang tiada lagi asas untuk ragu dan sangsi inilah yang dikatakan cemburu buta. Sebaliknya cemburu yang baik itu ada asasnya dan disusuli dengan usul periksa. Justeru cemburu yang baik itu harus dipandu oleh akal, bukan dengan emosi semata-mata.
Pendapat aku.....
Cemburu ada batasnya..jangan membuta tuli..tetapi cemburu yang membawa kebaikan ialah teguran terhadap pasangan..contoh si isteri yang melaram atau berhias berlebih-lebihan perlu ditegur bukan cemburu..jangan salah faham ..ini soal hukum...klu tak tegur si suami dayus namanya..tujuan apa dia berhias begitu....untuk dipertonton lelaki ajnabi..bukan untuk suami?satu lagi melalui media internet..fb ..apa lagi charting dengan pasangan yg tidak dikenali oleh pasangan masing-masing...sampai tengah malam..kena tegur dan patut dilarang...ini untuk kebaikan..banyak perkara yang dianggap cemburu oleh pasangan tetapi perlu ditegur sebab berkait dengan hukum contoh..pakaian..gincu berlebihan..pergaulan...dsbnya.Apa yang penting doakan mudah2an pasangan diberi hidayah..menjadi solehah dan solihin...biar dikata cemburu tetapi apa yg berkait dengan hukum perlu tegas..klu tak nak ikut tanggunglah dosa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan