Rabu, 9 Oktober 2013

JANGAN MENYESAL

Untuk yang dah lama kahwin, baru kahwin, bercadang untuk berkahwin dan
teringin nak kahwin :)


Rencah Rumahtangga Bahagia

Kalau diibaratkan sebuah perniagaan, maka cinta suci merupakan modal asas
paling utama dalam membina keluarga bahagia. Selagi cinta itu masih suci
murni, selama itu nikmat berbulan madu terus dapat dikecapi sepanjang
berumah tangga. Lebih-lebih lagi andainya dapat dilengkapi dengan
rencah-rencah tambahan berikut :

1. Puas Hati
Terimalah pasangan anda dengan redha dan puas hati. Bersangka baiklah
terhadap Allah s.w.t Maha suci yang telah menentukan jodoh kita.Jangan
diungkit-ungkit kekurangan pasangan anda. Yakinlah bahawa tiap sesuatu itu
sudah ditentukan oleh Allah dan mempunyai pelbagai hikmah yang kadang-kadang
kita tidak faham. Rasulullah bersabda maksudnya: "Janganlah seorang lelaki
mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak
disukai, dia pasti redha ( menyenangi) perangainya yang
lain (kebaikan)". Kita sebagai hamba tidak berhak memprotes ketentuan Allah
s.w.t. Apa sahaja yang datang kepada kita semuanya ada kebaikan di sisi
Allah walaupun kelihatan negatif pada pandangan manusia. Apa yang lebih
penting ialah bagaimana kita menangani sesuatu itu dan dapat pula dijadikan
ibadah atau saluran medapat keampunan daripadaNya.

2. Kenang Jasa, Lupakan Kejahatan.
Sejarah yang agak popular ialah apabila ada seorang lelaki ingin menemui
Khalifah Sayidina Umar al-Khattab r.a. Dia ingin mengadu tentang karenah
isterinya. Sampai di halaman rumah dia terdengar suara rungutan isteri
Khalifah Umar. Dia berhasrat membatalkan niat asalnya, namun terhenti
apabila dia dipanggil oleh Umar. "Ada apa urusan engkau hendak menemui aku?"
tanya Saiyidina Umar. Jawab lelaki itu, "aku bercadang hendak mengadu
karenah isteri aku, tetapi aku terdengar tuan pun mengalami perkara yang
sama, inikan pula aku rakyat biasa". Saiyidina Umar menjelaskan,"aku tetap
bersabar dan berterima kasih kepadanya kerana dia banyak berbuat baik dan
berjasa. Dia menjaga anak-anak aku memasak makanan untuk aku, membersihkan
pakaian aku dan membuat urusan rumah bagi pihak aku". Manakala isteri pula
perlu mengenang jasa dan kebaktian suami dalam pelbagai aspek - makan,
minum, pakaian, tempat tinggal, perlindungan, didikan dan tunjuk
ajar.

3. Perkongsian
Selain harta benda, ada aspek perkongsian yang tidak boleh
diabaikan agar kehidupan suami isteri sentiasa meriah dan mesra walaupun
telah meningkat usia. Perkongsian ini perlu dikekalkan hingga akhir hayat.
a. Perkongsian fitrah
Apa saja yang kita suka orang lain berbuat kepada kita, maka itu juga yang
orang lain suka kita berbuat kepadanya. Oleh itu masing-masing mesti anda
toleransi. Dengan sendirinya berlaku perkongsian. Maka kedua-dua
pihak tidak terlalu menuntut hak masing-masing dan saling tuduh menuduh.

b. Perkongsian emosi
Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a. boleh saja mendakwa isterinya yang merungut
itu tidak memahami perasaan suami. Dia juga boleh menuduh isterinya tidak
wajar merungut kerana dirinya seorang khalifah yang memikul urusan umat. Dan
dia juga boleh menuntut agar dirinya dilayani dan tidak perlu melayani
karenah isterinya kerana dia seorang suami. Namun beliau memilih untuk
menyebut kebaikan -kebaikan isterinya kerana dia sebenarnya berkongsi
perasaan dengan isterinya. Beliau dapat merasakan keperitan dan kesusahan
isteri. Tentulah tidak patut kegembiraan dikongsi, manakala penderitaan
ditanggung sendirian. Suami tidak patut menuntut agar isteri memahami
perasaannya sahaja dan begitu juga sebaliknya. Rumah tangga tidak ubah
seperti pelayaran kapal di lautan. Tidak selamanya lautan tenang atau tidak
selamanya bergelora. Dalam satu kapal mana mungkin tidak mengalami tenang
dan gelora bersama. Ketika suami pulang dengan bahang kemarahan maka isteri
letakkan dirinya sebagai air yang dingin, demikian sebaliknya.Suami
keletihan dan kelesuan kerana urusan di luar rumah. Pada waktu yang sama
isteri juga penat dengan urusan rumah dan anak-anak. Kalau demikian ertinya
sama-sama keletihan atau sama-sama berkongsi kepenatan. Lantaran itulah
Saiyidina Umar menunjukkan contoh betapa beliau memahami emosi
isterinya.Suami sedia mendengar rintihan isteri dan berkongsi rasa.

c. Perkongsian jiwa
Rasulullah s.a.w masih mengenang dan menyebut nama Siti Khadijah walaupun
isterinya sudah lama wafat. Di mana letaknya keistimewaan Siti Khadijah?
Rasulullah s.a.w mengalami beban jiwa yang berat setelah menerima wahyu yang
pertama. Bukankah baginda adalah seorang rasul yang Allah s.w.t bekalkan
dengan jiwa yang kuat? Namun beban wahyu itu lebih berat berbanding
kemampuan jiwanya. Siti Khadijah r.ha telah memberi
'input' yang besar kepada jiwa baginda sehingga baginda pulih seperti
sediakala. Siti Khadijah yang memberi peransang, suntikan semangat dan
pertolongan.Dalam
konteks kehidupan Rasulullah s.a.w dan Siti Khadijah itu tentu ada proses
timbal balik yang hebat antara keduanya. Tentulah tidak dinafikan peranan
Rasulullah s.a.w sebagi seorang suami dalam mendidik Siti Khadijah sebagai
isteri. Namun ada saat-saat tertentu yang sumbangan isteri tidak dinafikan
begitu sahaja terutana dalam pengisian jiwa. Rasulullah s.a.w bersabda
maksudnya: "Sesiapa berkahwin maka dia telah melindungi separuh agamanya.
Oleh itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh
lagi." (Riwayat al-Hakim) Sabda Rasulullah ini membuktikan bahawa
perkongsian jiwa itu sebenarnya memelihara sebahagian daripada agama.
Masing-masing sandar-menyandar, saling teguh-memperteguh, pendorong dan
benteng kekuatan jiwa.

RAHSIA TANDATANGAN

Satu Garis di Bawah Tandatangan

Memiliki keyakinan yang tinggi dan personaliti diri yang baik.Namun, agak kedekut tetapi percaya kepada ‘Kebahagiaan dalam Kehidupan Manusia’.

Dua Titik di Bawah Tandatangan

Mereka boleh dikatakan sebagai yang berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju.Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri mencuba untuk kelihatan menarik.Mudah menarik perhatian orang lain.

Satu Titik di Bawah Tandatangan

Lebih cenderung kepada seni klasik, mudah dan ‘tenang’.Jika orang lain kehilangan kepercayaan pada mereka, mereka tidak akan ‘kembali’ pada mereka.Maka, perlulah berhati-hati dengan orang seperti mereka.

Tiada Garisan atau Titik di Bawah Tandatangan

Mereka hidup dalam dunia sendiri.Tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain (pada fikiran orang).Boleh dikatakan sebagai yang menghargai alam sekitar tetapi agak kedekut.

Tiada Persamaan antara Nama dan Tandatangan
Mereka mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu, tidak pernah berkata terus dan memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan orang lain.

Ada Persamaan antara Nama dan Tandatangan

Berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi tidak pernah berfikir.Menukar idea dan pandangan seperti angin yang mengubah haluan.Tidak pernah berfikir sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya.Orang lain boleh ‘memenangi’ mereka dengan hanya memuji mereka.

Tandatangan dengan Huruf yang Tidak Bersambung

Mereka sangat baik pada orang lain.Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan bersedia berkorban demi kebahagiaan atau kepentingan orang yang disayangi. Namun, terlalu banyak berfikir dan ini memungkinkan mereka untuk cepat marah.

Tandatangan dengan Lengkap seperti Nama

Mereka sangat baik hati.Boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja suasana dan dengan sesiapa sahaja yang ditemui.Sangat teguh pada pandangan dan memiliki keinginan yang kuat.

Warna pun pengaruhi sifat

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
KOKO
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

Ini PUNCANYA

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl Lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibu bapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Bahaya ni

Mazmummah Utama yang Menghilangkan Bahagia di Hati

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamakselalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlahsecara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya

Rahsia

  Rahsia Sujud


Assalamualaikum,

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi. Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :
1) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal.Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T. mengalakkan kita bersujud lama.

Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

Menurut DR.MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:
a.) Melegakan sistem pernafasan(rilieved congestion for breathing).
b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :
a)Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
b)Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh(prolapsed uterus/fallen band womb)
c)Melegakan sakit hernia.
d)Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e)Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan(high parts of the lungs
f)Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
g)Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian
belakang tubuh.
h)Meringankan bahagian PELVIS.
i)Memberi dorongan untuk mudah tidur .
j)Mengerakkan otot bahu, dada,leher, perut,punggung ketika akan sujud dan bangun
darinya.
k)Gerakan otot -otot itu menjadikannya (otot)lebih kuat dan elastik,secara
otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood
circulation).
l)Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m)Mengurangkan kegemukkan(obesity).
n)Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakan mudah kembali
ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
o)Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
p)Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak
secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF
BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta,sifat sombong,riak, takabur dapat dikikiskan.

Petua

PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki
mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah
pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda
bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap
hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda
boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari
masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.


7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan
mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi
bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala
pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia
dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk
merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati
lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la
hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya.
Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.
Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian