Jumaat, 23 Ogos 2013

Doa Mohon Kesejahteraan



Sebuah doa Suami  untuk Isteri Tercinta


♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

DOA KESEJAHTERAAN
  Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.



 Terimakasih, yaa Robbiii…

Engkau telah menyatukan kami dalam ikatan pernikahan ini. Menghalalkan yang sebelumnya belum halal atas kami. Mengharamkan yang sebelumnya belum haram atas kami. Mengikuti sunnah Rasul-Mu. Menyempurnakan separuh dien-Mu. Menyemai ibadah dalam bilik kemesraan kami. Sembari terus–menerus mengharapkan ridho dan ampunan-Mu…
 Penantian panjang yang kami jalani dengan harap-harap cemas bersama doa-doa yang dilantunkan di sudut hening malam, di pagi berkabut, maupun di terik siang yang membakar peluh, telah Engkau usaikan dalam majlis pernikahan yang sederhana dan takzim itu. Ijab Qabul dan Ikrar suci yang diucapkan  hari itu, menambatkan segala rasa yang terpatri dalam di lubuk batin kami. Menggema memenuhi rongga kepala dan hati kami. Hingga air mata haru dan isak tangis kami pun tak kan mampu melukiskannya.
 Sentiasa terus-menerus mengharapkan ridha dan ampunan-Mu, atas dosa-dosa yang telah dan mungkin akan terjadi, kami memohon kepada-Mu, dengan segenap harapan dan kerendahan hati, sudilah kiranya Engkau menuntun kami ke jalan yang Engkau redhai. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang Engkau murkai. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang sesat. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang dizhalim. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang fasik. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang kafir. Selamatkanlah kami dalam kehidupan kami di dunia dan di akhirat kelak.

 Yaa Robbiii…
Jadikanlah isteriku isteri yang taat menjalankan perintah-Mu, dan tegas meninggalkan larangan-Mu. Jadikanlah ia isteri yang taat kepadaku dalam perjalanan menggapai ridho-Mu. Jauhkanlah ia dari sifat-sifat buruk dan bejat, dari sifat ujub dan khianat, dari sifat dzhalim dan fasik, dan sifat-sifat yang mendatangkan murka-Mu. Jadikanlah ia isteri shalehah, sebaik-baik perhiasan dunia bagiku. Jadikanlah ia sahabat terbaikku dalam mengarungi hidup dan kehidupan ini. Jadikanlah ia sahabat terbaikku dalam menuntut ilmu. Menjadi guruku. Menjadi muridku. Menjadi teman belajarku. Menjadi rekan sejawatku dalam berlomba-lomba di jalan kebaikan. 

 Yaa Robbiii…
Jadikanlah aku imam bagi keluargaku. Imam yang adil dan mengajak kepada jalan yang Engkau redai. Bimbinglah aku dalam memimpin. Tegurlah aku dikala lalai dari tanggung jawabku, dengan teguran Rahman dan Rahim-Mu. Jauhkanlah aku dari sifat-sifat buruk dan  fasik, dari sifat ujub dan khianat, dan dari segala sifat yang mendatangkan mudharat dan murka-Mu. Kuatkanlah keimananku, sebagai obor penerang bagi keluargaku dalam mengarungi gelapnya kehidupan akhir zaman ini. Bimbinglah kami, yaa Robbal ‘aalamiiin…

Yaa Robbiii…
Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Baik yang kami sadari maupun yang tidak kami sadari. Ampunilah dosa Ibu dan Bapak kami. Ampunilah dosa saudara-saudara kami. Ampunilah dosa kerabat-kerabat kami. Ampunilah dosa sahabat-sahabat kami. Ampunilah dosa guru-guru kami. Ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal.

 Yaa Robbiii…
Kurniailah kami keturunan yang shaleh dan shalehah. Anak-anak yang taat menjalankan perintah-Mu dan tegas meninggalkan larangan-Mu. Anak-anak yang berbakti kepada kedua orangtuanya. Karuniailah kami keturunan yang akan teguh memperjuangkan tegaknya addin Mu di bumi ciptaan-Mu ini.

 Yaa, Robbiii…
Karuniailah kami keturunan yang menggenggam erat sunnah Rasul-Mu. Memperjuangkan kembalinya kehidupan Islam di persada bumi ini. Generasi yang siap mengorbankan segala yang ada padanya untuk mempertahankan aqidahnya, memperjuangkan al-Haq dan mengingkari al-bathil.





♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang

Pss...sama2lah kita amalkan...semoga hidup kita diberkati Allah..layari fuadmanannur blogspot.com








Berdoalah

Doa mohon Kebahagiaan Keluarga





Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”


Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”


 
Setiap insan ingin hidup bahagia bersama keluarga tersayang. Namun kita harus sedar bahawa sesebuah keluarga itu bukan sekadar untuk dibina, tetapi mengekalkan dan menyuburkan sesebuah keluarga merupakan perkara yang paling penting. 

Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa pasti inginkan keluarga yang bahagia. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan diamalkan bagi menjamin kebahagian sesebuah keluarga. 

Di sini, captain ingin berkongsi beberapa doa-doa kebahagiaan untuk kita sama-sama manfaatkan.

Ada seorang pembaca wanita telah bertanya tentang doa mana yang sesuai diamalkan. Amalkanlah doa yang ke-2 dan yang ke-3. Semuga mendapat kebahagiaan yang dicari melalui doa-doa ini. InsyaAllah.

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang bertaqwa" (Al-Furqan: 74)
 

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal solih yang Engkau redai; berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu. dan sesungguhnya aku termasuk orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)". (Al-Ahqaf:15)
 

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku!, Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku." (Surah Ibrahim:40).

Pss...Sama2lah kita hayati dan amalkan..layari fuadmanannur blogspot.com ...Wasallam.

Khamis, 22 Ogos 2013

Kemesraan Suami Isteri

Kemesraan membawa kebahagiaan

 



Kebahagian rumah tangga menjadi idaman semua pasangan yang berkahwin. Bukan sahaja mereka idamkan semua itu pada awal perkahwinan tetapi sampai ke akhir hayat malah sampai ke dalam syurga.

Tetapi kadang-kadang idaman itu tidak tercapai kerana hanya beberapa punca yang kecil. Mungkin kerana suami mengharapkan sesuatu yang tidak difahami oleh isteri dan isteri pula mengharapkan sesuatu yang tidak difahami oleh suami.

Suka dijelaskan di sini, suami dan isteri masing-masing mempunyai rahsia yang mereka terpaksa di simpan kerana tidak mampu untuk menjelaskannya secara lisan. Di sinilah titik mula masalah sebenar.

Dalam hal ini pasangan itu perlu memahami rahsia diri pasangannya secara pandangan mata hati dan merasainya melalui gerak hati. Dengan cara itu sahaja mereka dalam lakukan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Tetapi kalau sesama mereka ada hijab yang menutup hati kecil mereka, pasti mereka tidak nampak apa yang dihajati pasangannya. Perlu diingat, untuk membuka hijab itu mereka perlulah bertolak ansur dan cuba menurunkan ego masing-masing terutamanya isteri.

Sebenarnya seseorang suami ada menyimpan beberapa rahsia yang malu untuk dijelaskan kepada isterinya kerana takut ditertawakan isterinya. Antara rahsia itu ialah suami mahu “bermanja” dengan isteri apatah lagi pada usia tuanya. Selain itu suami mahu dia dibelai dan hormati isteri sepanjang masa.

Supaya lebih jelas suka dipaparkan contoh terbaik dan yang pasti rujukannya ialah Rasulullah. Baginda adalah panduan kita ke arah memacu bahteri keluarga bahagia. Perhatikan dua perkara yang sering dilakukan baginda.

1. Berbaring dipangkuan isteri
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: "Nabi SAW biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-Quran" (Hadis Riwayat Abdurrazaq).

Kalau para isteri sedar, suami anda sesekali menyandar dan menyentuh bahu anda. Malah kadang-kadang dia berbaring di atas paha anda. Itulah tandanya dia hendak bermanja.

Tetapi kadang-kadang isteri cuba mengelak dan bangun. Sebenarnya suami pada ketika itu akan berasa kecewa, tetapi dia tidak berani untuk melahirkan rasa kecewa itu.

Suami memang hendak bermanja dengan isteri, bukan sahaja pada waktu malam tetapi juga pada waktu berehat di siang hari.

Bayangkan kalau rasulullah mahu bermanja dengan isterinya, dan isterinya pula reda dengan sikap baginda, mengapakah isteri-isteri pada hari ini tidak boleh melakukan begitu juga.

Percayalah kalau suami boleh bermanja dengan suami, dan isteri sanggup melayan kehendak suami itu, pasti akan tercantum rasa sayang yang berkekalan. Pastinya, isteri yang memahami sikap manja suami itu akan diberi pahala oleh Allah.

2. Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah SAW biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Umairah yang memberi maksud pipi merah bak delima.

Dalam budaya masyarakat kita, suami memanggil isterinya dengan namanya yang manja atau “yang” bagi maksud sayang. Ada juga yang menyebut “bib” yang bermaksud habibi, kekasihku dan banyak lagi. Sebaliknya isteri akan memanggil suami dengan panggilan “abang” atau “bang” yang juga dengan nada manja.

Panggilan sebeginilah yang akan membuahkan rasa sayang sentiasa berputik di hati suami. Namun begitu terdapat juga panggilan manja kerana sudah biasa dengan panggilan itu. Lahirnya panggilan itu bukan kerana ikhlas dari hati lagi.

Dalam masyarakat Melayu, panggilan manja itu lazimnya hanya berlaku pada awal perkahwinan, tetapi semakin pudar apabila sudah beransur tua. Malah mereka malu untuk memanggil dengan panggilan manja, kononnya malu kepada anak dan cucu. Inilah keadaan yang tidak kena kepada masyarakat kita, malah sikap mereka jauh daripada kehendak Rasulullah.

Seharusnya sebagaimana suami memanggil isteri dengan kasih sayang itulah yang sepatutnya disambut oleh isteri. Panggilan mesra pada setiap kali memulakan ucapan dan kata-kata merupakan sentuhan yang boleh membangkitkan rasa sayang antara mereka.

pss....kalau mesra selalu hati senang dan tenang tapi kalau sebaliknya hmmm....jiwa kacau....

DOA ISTERI UNTUK SUAMI TERCINTA

Doa Isteri yang solehah untuk Suaminya....

 

Yaa Robbi..
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk melewati CobaanMU,,
agar mampu bangkit tiap kali badai menerpa..
Berikanlah ia kehidupan yang Mulia sehingga ia dapat MemuliakanMu..
Berikanlah ia hati yang senantiasa IKHLAS dan KUAT menerima amanah-amanahMU..
Berikanlah ia dada yang lapang sehingga ia dapat SABAR dalam mendidikku sebagai pendampingnya titipan dariMU..
Jadikanlah aku istri yang SOLEHAH sehingga aku dapat menjadi pembuka gerbang syurga untuknya..
Ya Allah lindungilah orang yg kuCINTA dan mencintaiku dengan CintaMU..
Semoga engkau selalu dalam lindunganNYa..
Ku Panjatkan Doaku setiap waktu Untukmu SuamiKU