Firman Allah S.W.T.'Maha
suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang
tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka
tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)
Jika
kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan
kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan
tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan
antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan
menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan
dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan
betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang
meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan
juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang
sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri
dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.Jika
kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai
jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat
memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini
sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah,
semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya
perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini
tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang
singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya
kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian ManusiaDengan
memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti
mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari
acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur
kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah
gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita
melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki
dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai
pelindung kecantikan wanita.
Betapa
indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam
kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi
penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian
berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang
mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:'Di
antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari
jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan
dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu
menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '(ar-Ruum:21)Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:'Wahai
manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari
jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang
daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '(An-Nisa':1)Dengan
keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari
lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu
sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu
yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah
manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada
manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai
khalifah-Nya.Mengapa BerkahwinManusia
akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan
wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan
perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya
dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.
Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan
wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan
disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan
peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang
mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama
ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa
dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Membentuk KeluargaPeraturan
yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu
institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah
tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar
memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga
memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan
bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan
suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang
menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya
binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan
diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.
Sebaliknya,
rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk kepada
peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi
seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini
terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan
kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan
perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan
kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang
indah.Rumahtangga Sebagai Masyarakat KecilMendirikan
rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami
dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam
Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai
tanggungjawab dalam pembentukan-
Falsafah Perkahwinan Dalam IslamOleh
kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada
dan hubungan antara kcluarga baru dan yang sedia ada wajib
diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada
masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka
perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari,
tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di
dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan
tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.
Prinsip Pembentukan Keluarga IslamSebagai
Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempuma, yang
merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah
menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga
dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi
juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati
nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk
menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan
keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu.
Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan
menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan
menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di
kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran kea
Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip.1.
Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan
perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas
kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain)2.
Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara
suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika
berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagainya.Kepincangan
dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini
adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak
Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami
isteri pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan
antara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.Peraturan Mencari jodohSebelum
sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu
pertimbangan dalam men cari pasangan dengan tujuan menjamin
kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan
menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih
yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:
'Janganlah
mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu
memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta
itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar
agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah
lebih baik.(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).Begitu
juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta
sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan
harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan
kehidupan rumahtangga.Keturunan Dan Kufu'Salah
satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah
dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang
penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup
keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan
suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak
bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang beipenyakit tidak boleh
dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah
ketehtian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang
ideal.
Demikian
juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, saina
ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan
suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan
anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak
menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana
yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.Satu
masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' atau
setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf.
Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak
sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka
berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek
inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu
dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun,
dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati
sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup
manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah
sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup
manusia. .Perkahwinan
kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai
persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam
perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka
memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang
berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat
dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan
manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam peiundangan
Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama
ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh
dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti
ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa
dengan kehidupan mewahAliran
perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak
perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk
mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya.
Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah
wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya,
demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.Keharusan BerpoligamiDi
antara persoalan yang meniinbulkan masalah paling kontroversi dalam
unisan perkahwinan umat Islam ialah keharusan berpoligami. Ia dijadikan
bahan oleh setengah golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang
tidak puas hati dengan pelaksanaannya.
Bagi
menghuraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah yang
dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti
sesuatu yang tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang
melakukannya. Ertinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum.
Tetapi, keharusan berpoligami ini dari segi pelaksanaannya bukan sahaja
tunduk kepada hukum ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip pembentukan
keluarga yang telah diterangkan sebelum ini iaitu perasaan tanggungjawab
dan perasaan-perasaan lain yang dituntut oleh Islam. Sungguhpun dari
segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa
mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama. Pertimbangan ini
termasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tasawwuf bahawa tidak
dinamakan seseorang itu bertDengan
sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada melakukan
yang haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang haius
itu untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.Dalam
masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin
lebih daripada satu menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan
anak-anak yang diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan
lain-lain. Walaupun hukum mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa
kerana kecuaiannya menjalankan kewajipan tediadap anak-anak dan
isteri-isteri. Jika perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang
menular, pemerintah boleh mengenakan peraturan-peraturan untuk mencegah
kerosakan yang timbul daripadanya.Penggunaan
maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat dilihat daripada contoh
yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan masyarakat Islam pertama
yang dibentuk oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami
bukan menjadi masalah kepada masyarakat, tetapi mempakan cara bagi
menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat iaitu
pembelaan tediadap anak-anak yatim dan janda-janda yang menderita kerana
kehilangan atau kematian suami.Pada
masa sekarang masalah seperti di atas masih lagi wujud dan tetap akan
wujud selagi adanya manusia. Kerana itu poligami tetap berfungsi memberi
kebaikan kepada masyarakat jika keharusan ini tidak disalahgunakan.
Tetapi sekiranya poligami disalahgunakan dan dilakukan semata-mata untuk
memuaskan nafsu dan menempah dosa, ia akan menjadi masalah dan
langkah-langkah mengawalnya hendaklah dilakukan oleh pemerintah dengan
mengenakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengelak keiosakan.Perancangan KeluargaBeralih
kepada perbicaraan mengenai perancangan keluarga. Perkara ini juga
menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perancangan keluaiga
mengandungi dua program. Pertama merancang kelahiran anak dengan
menghadkan kelahiran atau membatasinya. Kedua, menyusun pe@alanan
keluaiga untuk mencapai kesejahteraan dengan memberi perhatian kepada
kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup keluaiga serta memastikan
perkembangan yang sihat dalam pertumbuhannya.
Program
pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan teori
yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bernama Maltus.
Pada pendapat beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan
dengan pertambahan pengeluaran bahan makanan adalah tidak seimbang.
Perkembangan penduduk berjalan dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan
pertambahan bahan-bahan makanan dengan kadar 1,2,3,4. Jika perkembangan
seperti ini terus berjalan, satu bencana kekurangan bahan makanan akan
berlaku dan manusia akan menghadapi masalah kelaparan.Dalam
program yang kedua, kita mestilah memberi sokongan bagi menjayakan
usaha membaiki keadaan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga.
Tetapi sukalah ditegaskan di sini, usaha-usaha ke arah mencapai tujuan
tersebut tidak akan dicapai, sekiranya unsur-unsur akhlak dijadikan
program sampingan sahaja. Suatu program yang bersifat menyeluruh
hendaklah dirangka untuk mewujudkan kesejahteraan keluarga yang sebenar.
Program ini, jika hendak dipercayai oleh rakyat secara berterusan tidak
seharusnya dijadikan alat atau piling bagi melaksanakan usaha
menghadkan kelahiran anak. Niat yang tidak jujur seperti ini akan
menimbulkan akibat buruk dan kesan yang tidak sihat kepada masyarakat.Kewajipan Dan TanggungjawabSeseorang
yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa
kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga
bertnakna bertambahnya tanggungjawab tediadap isteri dan anak-anak. Di
sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam
rumahtangga.
Kewajipan Suami1.
Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai
pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami
berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a,
berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan
faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.
2.
Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga.
Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak
mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini
suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama.
Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama
kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat beke@asama
mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.3.
Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah
(kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di
hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di
dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W
mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.4.
Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w.
menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah
dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan
barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik
kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap
wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.5.
Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah
pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga
seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh
(safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah
berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan
berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak
digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan
hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.Demikian
juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan
perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih
pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu
menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh
hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak
disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.Kita
dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi
mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin,
menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.Kewajipan IsteriApabila
suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya
yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab
isteri ialah:
1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.2.
Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah
s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali
mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s
105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).3.
Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami
dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur
ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik
oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:'Apabila
kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu
marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita
bersama-sama. '5.
Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan
sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika
hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu.
Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar.
Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah
menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya
tidak berputus asa.6.
Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami.
Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W.
sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang
hendak memilih isteri.Inilah
di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak
menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang.
Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam
sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di
dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika
sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan
prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang
merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.Masyarakat IslamUntuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini teihadap perkahwinan.
Sejak
kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan manusia, dengan
kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap sedikit
demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia
dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam
secara kesamaran. Kejahilan umat Islam teihadap agamanya, bukan kerana
serangan daripada barat sahaja. Keruntuhan personaliti juga turut
terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan kegigihan mempelajarinya
menjadi bertambah malap. Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia
beransur-ansur menjadi layu dengan kemaraan nilai-nilai songsang. la
mudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah
merata di kalangan masyarakat.Keadaan
yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalam
segenap kehidupan iaitu politik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam
kehidupan keluarga yang menjadi tajuk pembicaraan kita. Dengan lain
perkataan, suasana pembentukan keluaiga hari ini dan kelemahan-kelemahan
yang teidapat di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil daripada serangan
nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud
dalam masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan
kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan.Walaupun
pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu
ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin
berkurangan dengan berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan.
Lebih-lebih lagi perzinaan yang berlaku di kalangan ora ng yang sudah
beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka tujuan perkahwinan untuk
menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh banyak
kalangan masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan
penyakit ini be@angkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih
banyak lagi di kalangan kita yang tetap memeliharaiffah ini dan
mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah sampai kepada peringkat
kerosakan seperti masyarakat barat. Tetapi jika sekiranya tidak diawasi
dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak Bersekedudukan
adalah akibat pembahan sikap terhadap perkahwinan. Perkembangan ini
jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan
institusi keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan
nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah yang
sangat serius yang tidak boleh dihadapi oleh mahkamah semata-mata.,
tetapi selunih masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan
kekuatan masyarakat dalam menolak perkembangan ini adalah lebih
berkesan daripada hukuman mahkamah. Untuk mempertahankan kesucian
perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga yang mempunyai peraturan
yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah
diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini masyarakat
Islam perlu membina kembali peMasyarakat
Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat
perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu
masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap
terhadap perkahwinan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab
memelihara dan mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan
bagaiinana cekap sesebuah kerajaanpun ia tidak berupaya menjalankan
tugas-tugas keluarga seperti memelihara, mendidik dan memberi kasih
sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempuma dan biinbingan yang
wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.Kesimpulan1
. Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas
perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan
yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan
masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat.
2.
Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan
pembaha hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah
diberikan di samping tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan.
Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan
atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Kehanisan
berpoli gami bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di
dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas
terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak
ketaqwaan.7.
Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak
dapat diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian
memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan
dan keselesaan hidup serta meningkatkan penglibatan teihadap
amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.Siapa Anda Dalam Kehidupan BerkeluargaKita
telah menjelaskan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada
dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada
masyarakat itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas
tertubuhnya sesebuah masyarakat