Selasa, 16 September 2014

Bersegeralah

JUMAAT hari sungguh mulia dan bermakna bagi umat Islam. Kemuliaan itu digambarkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:


"Sebaik-baik hari yang terbitlah matahari padanya ialah Jumaat. Pada hari itu, Nabi Adam dicipta dan dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dan tidak akan berlakunya kiamat melainkan pada Jumaat."

Sabda Rasulullah lagi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bermaksud: "Penghulu segala hari ialah Jumaat, ia sangat besar ertinya di sisi Allah daripada Aidilfitri dan Aidiladha."

Demikian kemuliaan Jumaat. Adapun kemuncak kepada kemuliaan Jumaat adalah perhimpunan raksasa di masjid bagi mendirikan solat fardu Jumaat secara berjemaah.

Bersolat Jumaat terlalu penting bagi setiap Muslim sehingga Rasulullah memberi ancaman keras terhadap orang yang meninggalkannya.

Menghadiri solat fardu Jumaat ertinya kita menuju ke masjid bagi menyahut seruan Allah yang meminta kita untuk sujud kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenar)." (Surah al-Jumu’ah, ayat 9)

Oleh kerana menghadiri solat Jumaat adalah tanda kepatuhan terhadap Allah, maka ia hendaklah dilakukan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Hal ini supaya terserlah kepatuhan, di samping mendidik keperibadian kita.

Bagi memastikan kehadiran ke masjid beramai-ramai dapat memenuhi objektif sebenar, maka Rasulullah menunjukkan kepada kita amalan yang perlu dilakukan sebelum ke masjid, ketika dan selepas solat Jumaat.

Amalan sebelum solat Jumaat:
· Memperbanyakkan selawat pada malam dan Jumaat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat."
· Membaca surah al-Kahfi.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat nescaya Allah akan menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat."
· Mandi sunat Jumaat dan datang awal ke masjid.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang mandi (sunat) pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Barang siapa yang pergi pada waktu yang kedua, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kerbau. Barang siapa yang pergi pada waktu yang ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing. Barang siapa yang pergi pada waktu yang keempat, maka seolah-olah dia hanya mengorbankan seekor ayam betina. Barang siapa yang pergi pada waktu kelima, maka seolah-olah dia mengorbankan sebutir telur." (Hadis riwayat Imam Bukhari)
· Berwuduk dengan sempurna dan kemudian melakukan ibadat seperti membaca al-Quran dan sembahyang sunat tahyatul masjid, terutama apabila masuk ke dalam masjid.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat dalam keadaan diam dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap khutbah yang disampaikan, maka diampunkan dosanya pada hari itu dan antara Jumaat yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim)

Sangat duka cita apabila ada yang datang ke masjid ketika khatib sedang membaca khutbah. Perbuatan ini amat merugikan kerana khutbah adalah rukun wajib yang menjadikan syarat sahnya Jumaat.
· Mendapatkan saf pertama yang berdekatan imam.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang mandi sunat pada Jumaat dan bersegera berjalan menuju ke masjid, kemudian mengambil tempat berhampiran dengan Imam serta mendengar khutbah dengan penuh perhatian, maka setiap langkahnya akan memperoleh pahala menyamai ibadat puasa dan solat pada malamnya selama setahun."

Oleh itu, marilah kita mencari kelebihan kurnia Allah pada Jumaat.

Hendaklah segera ke masjid dan mengikut adab yang disenaraikan oleh Rasulullah kerana kelebihan dan fadilatnya terlalu besar.

Solat menghapuskan dosa

SOLAT adalah tiang agama. Oleh itu, solat termasuk dalam lima Rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Banyak hadis Nabi Muhammad SAW yang menerangkan mengenai kepentingan solat wajib lima waktu sehari semalam.

Antaranya Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bertanya kepada sahabatnya: "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"

Jawab sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."

Sabda Rasulullah: "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan limpah rahmat Allah, ia menghapuskan segala dosa."

Jabir menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi dalamnya lima kali sehari."

Pada umumnya, air yang mengalir adalah bersih dan tidak kotor. Lebih-lebih lagi jika air di dalam sungai pasti lah airnya mengalir dan ia akan lebih jernih dan bersih.

Mandi di dalam air sebersih itu pasti akan menghilangkan segala kekotoran yang ada pada tubuh. Ia membersihkan segala kekotoran itu.

Solat yang dikerjakan dengan memelihara segala rukunnya samalah dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa daripada segala dosa.

Abi Muslim At-Tighlibi meriwayatkan: "Sekali aku menemui Abu Umamah tatkala beliau berada dalam masjid.

“Aku bertanya sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wuduk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardu, Allah mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinganya yang mendengar berita maksiat, oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang terdetik ke arah maksiat.

Jawabnya: “Demi Allah, aku mendengar perkataan itu daripada Rasulullah berkali-kali."

MENGINGATI Allah atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan jiwa.


Dengan mengingati Allah manusia akan berasa ketenangan jiwa kerana dia menyedari bahawa berada di samping Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba-Nya.

Apabila dia kembali kepada-Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh. Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan belum pasti keadaannya atau kadang-kadang berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya.

Dalam hal ini, sekiranya orang yang beriman kepada Allah, mereka akan ingat bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, Allah Maha Melihat segala-galanya, Allah mampu mengatasi semua hal di dunia ini.

Dengan demikian akan tenanglah jiwanya. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)

Perasaan tenang itu wujud kerana jiwanya berhubungan langsung dengan Allah dan rasa selamat di bawah jagaan-Nya. Ketenangan hati orang yang beriman hasil daripada zikrullah itu adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh orang yang hatinya diliputi oleh kemanisan iman. Ia tidak boleh diungkapkan melalui kata-kata kepada orang yang tidak menghayatinya. Bahkan, ia sesuatu yang meresap ke dalam hati sehingga ia berasa tenang dan sejahtera dengannya.

Akhirnya ia merasai bahawa dia tidak keseorangan tanpa teman rapat di dunia ini. Pada hal apa yang ada di sekelilingnya adalah kawannya kerana semua ciptaan Allah dan di bawah jagaan-Nya belaka. Tidak ada orang yang paling menderita di dunia ini daripada mereka yang hilang ketenangan berdampingan dengan Allah.

Orang yang mengingati Allah di dunia ini memperolehi ketenangan jiwa, sementara di akhirat pula mendapat keampunan dan ganjaran yang besar. Firman Allah bermaksud: "... dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Rasulullah SAW adalah pimpinan dan model bagi orang yang berzikir. Baginda menyebut nama Allah pada setiap saat - ketika makan dan selesai daripadanya. Ketika minum atau sehabisnya. Ketika memakai pakaian dan menanggalnya, ketika masuk rumah dan keluar daripadanya, ketika hendak tidur atau bangun daripadanya.

Demikian juga ketika keluar untuk musafir atau baliknya, ketika menunggang kenderaan atau ketika memasuki sesebuah kampung. Begitulah ketika menziarahi kubur, ketika kemarau dan solat minta hujan, ketika angin bertiup kencang, ketika hujan lebat atau banjir.

Ringkasnya tidak berlaku sebarang keadaan atau kejadian melainkan hatinya sentiasa ingatkan Allah dan sekaligus lidahnya akan menyebut nama Allah dalam erti kata zikir kepada-Nya.

Dengan mengingati Allah akan tersedar hati orang yang beriman terutama ketika syaitan menjerumuskannya kepada dosa sehingga melakukannya, dia tidak biarkan dalam keadaan demikian.

Dia akan mengingati bahawa dia ada Tuhan yang sedia memberi keampunan dan menerima taubat, sebagaimana firman-Nya bermaksud: " Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran, ayat 135].

Ingatkan Allah akan datang kepada seseorang ketika masa lapangnya. Alangkah banyaknya masa lapang yang kita gunakan untuk berseorang diri apa lagi pada waktu akhir malam yang sunyi sepi.

Apabila kita ingatkan Allah, mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang terjadi di sekeliling akan menjadi lembut hati dan dengan tidak disedari mengalir air mata membasahi pipi, semoga Allah mengampunkan segala dosa kesalahannya. Ia kerana termasuk dalam golongan orang yang bakal mendapat bayangan teduh Allah pada hari kiamat nanti seperti disebut dalam hadis:"... seorang yang mengingati Allah ketika sunyi lalu menglir air matanya …."

Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Aku Cinta Allah

Andaikan diriku bisa seperti yang lain..
Yang Kau sayang..
Yang Kau rindukan..
Yang Kau cintai..
Aku lemah tanpaMu..Aku lelah..Aku sungguh tak berdaya..
TOLONGKU...TOLONGKU Ya Allah..

Setiap air mata ku mengalir..
Allah, aku lemah dan tak bererti..
Setiap derai tangis membasahi..
Allah jangan tinggalkan aku lagi..
Aku Sayang Allah..Aku Rindu Allah..Aku Cinta Allah..

Aku lemah tanpaMu..Aku lelah..Aku sungguh tak berdaya..
TOLONGKU..TOLONGKU Ya Allah..

Setiap air mata yang mengalir..
Allah, aku lemah dan tak bererti..
Setiap derai tangis membasahi..
Allah jangan tinggalkan aku lagi..
Aku Sayang Allah..Aku Rindu Allah..Aku Cinta Allah
Aku Cinta Allah..Aku Cinta Allah

Mencari Bahagia

Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'
Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT

Bukan Lupa Tapi ....

MENGINGATI Allah atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan jiwa.


Dengan mengingati Allah manusia akan berasa ketenangan jiwa kerana dia menyedari bahawa berada di samping Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba-Nya.

Apabila dia kembali kepada-Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh. Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan belum pasti keadaannya atau kadang-kadang berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya.

Dalam hal ini, sekiranya orang yang beriman kepada Allah, mereka akan ingat bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, Allah Maha Melihat segala-galanya, Allah mampu mengatasi semua hal di dunia ini.

Dengan demikian akan tenanglah jiwanya. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)

Perasaan tenang itu wujud kerana jiwanya berhubungan langsung dengan Allah dan rasa selamat di bawah jagaan-Nya. Ketenangan hati orang yang beriman hasil daripada zikrullah itu adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh orang yang hatinya diliputi oleh kemanisan iman. Ia tidak boleh diungkapkan melalui kata-kata kepada orang yang tidak menghayatinya. Bahkan, ia sesuatu yang meresap ke dalam hati sehingga ia berasa tenang dan sejahtera dengannya.

Akhirnya ia merasai bahawa dia tidak keseorangan tanpa teman rapat di dunia ini. Pada hal apa yang ada di sekelilingnya adalah kawannya kerana semua ciptaan Allah dan di bawah jagaan-Nya belaka. Tidak ada orang yang paling menderita di dunia ini daripada mereka yang hilang ketenangan berdampingan dengan Allah.

Orang yang mengingati Allah di dunia ini memperolehi ketenangan jiwa, sementara di akhirat pula mendapat keampunan dan ganjaran yang besar. Firman Allah bermaksud: "... dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Rasulullah SAW adalah pimpinan dan model bagi orang yang berzikir. Baginda menyebut nama Allah pada setiap saat - ketika makan dan selesai daripadanya. Ketika minum atau sehabisnya. Ketika memakai pakaian dan menanggalnya, ketika masuk rumah dan keluar daripadanya, ketika hendak tidur atau bangun daripadanya.

Demikian juga ketika keluar untuk musafir atau baliknya, ketika menunggang kenderaan atau ketika memasuki sesebuah kampung. Begitulah ketika menziarahi kubur, ketika kemarau dan solat minta hujan, ketika angin bertiup kencang, ketika hujan lebat atau banjir.

Ringkasnya tidak berlaku sebarang keadaan atau kejadian melainkan hatinya sentiasa ingatkan Allah dan sekaligus lidahnya akan menyebut nama Allah dalam erti kata zikir kepada-Nya.

Dengan mengingati Allah akan tersedar hati orang yang beriman terutama ketika syaitan menjerumuskannya kepada dosa sehingga melakukannya, dia tidak biarkan dalam keadaan demikian.

Dia akan mengingati bahawa dia ada Tuhan yang sedia memberi keampunan dan menerima taubat, sebagaimana firman-Nya bermaksud: " Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran, ayat 135].

Ingatkan Allah akan datang kepada seseorang ketika masa lapangnya. Alangkah banyaknya masa lapang yang kita gunakan untuk berseorang diri apa lagi pada waktu akhir malam yang sunyi sepi.

Apabila kita ingatkan Allah, mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang terjadi di sekeliling akan menjadi lembut hati dan dengan tidak disedari mengalir air mata membasahi pipi, semoga Allah mengampunkan segala dosa kesalahannya. Ia kerana termasuk dalam golongan orang yang bakal mendapat bayangan teduh Allah pada hari kiamat nanti seperti disebut dalam hadis:"... seorang yang mengingati Allah ketika sunyi lalu menglir air matanya …."

Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

Firman Allah S.W.T.'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)
Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian ManusiaDengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '(ar-Ruum:21)Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '(An-Nisa':1)Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.Mengapa BerkahwinManusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Membentuk KeluargaPeraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.
Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.Rumahtangga Sebagai Masyarakat KecilMendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan-
Falsafah Perkahwinan Dalam IslamOleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara kcluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.
Prinsip Pembentukan Keluarga IslamSebagai Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempuma, yang merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran kea
Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip.1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain)2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagainya.Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan antara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.Peraturan Mencari jodohSebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam men cari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:
'Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.Keturunan Dan Kufu'Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang beipenyakit tidak boleh dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketehtian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal.
Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, saina ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia. .Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam peiundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewahAliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.Keharusan BerpoligamiDi antara persoalan yang meniinbulkan masalah paling kontroversi dalam unisan perkahwinan umat Islam ialah keharusan berpoligami. Ia dijadikan bahan oleh setengah golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang tidak puas hati dengan pelaksanaannya.
Bagi menghuraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah yang dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti sesuatu yang tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang melakukannya. Ertinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum. Tetapi, keharusan berpoligami ini dari segi pelaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada hukum ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip pembentukan keluarga yang telah diterangkan sebelum ini iaitu perasaan tanggungjawab dan perasaan-perasaan lain yang dituntut oleh Islam. Sungguhpun dari segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama. Pertimbangan ini termasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tasawwuf bahawa tidak dinamakan seseorang itu bertDengan sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada melakukan yang haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang haius itu untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.Dalam masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin lebih daripada satu menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan anak-anak yang diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-lain. Walaupun hukum mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa kerana kecuaiannya menjalankan kewajipan tediadap anak-anak dan isteri-isteri. Jika perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular, pemerintah boleh mengenakan peraturan-peraturan untuk mencegah kerosakan yang timbul daripadanya.Penggunaan maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat dilihat daripada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan masyarakat Islam pertama yang dibentuk oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami bukan menjadi masalah kepada masyarakat, tetapi mempakan cara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat iaitu pembelaan tediadap anak-anak yatim dan janda-janda yang menderita kerana kehilangan atau kematian suami.Pada masa sekarang masalah seperti di atas masih lagi wujud dan tetap akan wujud selagi adanya manusia. Kerana itu poligami tetap berfungsi memberi kebaikan kepada masyarakat jika keharusan ini tidak disalahgunakan. Tetapi sekiranya poligami disalahgunakan dan dilakukan semata-mata untuk memuaskan nafsu dan menempah dosa, ia akan menjadi masalah dan langkah-langkah mengawalnya hendaklah dilakukan oleh pemerintah dengan mengenakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengelak keiosakan.Perancangan KeluargaBeralih kepada perbicaraan mengenai perancangan keluarga. Perkara ini juga menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perancangan keluaiga mengandungi dua program. Pertama merancang kelahiran anak dengan menghadkan kelahiran atau membatasinya. Kedua, menyusun pe@alanan keluaiga untuk mencapai kesejahteraan dengan memberi perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup keluaiga serta memastikan perkembangan yang sihat dalam pertumbuhannya.
Program pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bernama Maltus. Pada pendapat beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan dengan pertambahan pengeluaran bahan makanan adalah tidak seimbang. Perkembangan penduduk berjalan dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan pertambahan bahan-bahan makanan dengan kadar 1,2,3,4. Jika perkembangan seperti ini terus berjalan, satu bencana kekurangan bahan makanan akan berlaku dan manusia akan menghadapi masalah kelaparan.Dalam program yang kedua, kita mestilah memberi sokongan bagi menjayakan usaha membaiki keadaan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga. Tetapi sukalah ditegaskan di sini, usaha-usaha ke arah mencapai tujuan tersebut tidak akan dicapai, sekiranya unsur-unsur akhlak dijadikan program sampingan sahaja. Suatu program yang bersifat menyeluruh hendaklah dirangka untuk mewujudkan kesejahteraan keluarga yang sebenar. Program ini, jika hendak dipercayai oleh rakyat secara berterusan tidak seharusnya dijadikan alat atau piling bagi melaksanakan usaha menghadkan kelahiran anak. Niat yang tidak jujur seperti ini akan menimbulkan akibat buruk dan kesan yang tidak sihat kepada masyarakat.Kewajipan Dan TanggungjawabSeseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bertnakna bertambahnya tanggungjawab tediadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.
Kewajipan Suami1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.
2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat beke@asama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.Kewajipan IsteriApabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:
1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.Masyarakat IslamUntuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini teihadap perkahwinan.
Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan manusia, dengan kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran. Kejahilan umat Islam teihadap agamanya, bukan kerana serangan daripada barat sahaja. Keruntuhan personaliti juga turut terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah malap. Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia beransur-ansur menjadi layu dengan kemaraan nilai-nilai songsang. la mudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat.Keadaan yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalam segenap kehidupan iaitu politik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang menjadi tajuk pembicaraan kita. Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluaiga hari ini dan kelemahan-kelemahan yang teidapat di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud dalam masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan.Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih lagi perzinaan yang berlaku di kalangan ora ng yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh banyak kalangan masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini be@angkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita yang tetap memeliharaiffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah sampai kepada peringkat kerosakan seperti masyarakat barat. Tetapi jika sekiranya tidak diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak Bersekedudukan adalah akibat pembahan sikap terhadap perkahwinan. Perkembangan ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan institusi keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah yang sangat serius yang tidak boleh dihadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi selunih masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan kekuatan masyarakat dalam menolak perkembangan ini adalah lebih berkesan daripada hukuman mahkamah. Untuk mempertahankan kesucian perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga yang mempunyai peraturan yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini masyarakat Islam perlu membina kembali peMasyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap perkahwinan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan bagaiinana cekap sesebuah kerajaanpun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga seperti memelihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempuma dan biinbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.Kesimpulan1 . Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat.
2. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan pembaha hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Kehanisan berpoli gami bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.7. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselesaan hidup serta meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.Siapa Anda Dalam Kehidupan BerkeluargaKita telah menjelaskan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada masyarakat itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarakat

Kekalkan Kebahagiaan

Untuk para suami, ikutilah pesanan isteri anda untuk menjamin kerukunan rumahtangga anda.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4 Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

1 0. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami"degil" tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
http://familiazam.com/
18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau Isteri merajuk atau berkecll hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Rabu, 25 Jun 2014

Doa Tidak Dimakbulkan

10 SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN
Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.
6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mau bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rekanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka

Ayatul Mahabbah

Ahad, 22 Jun 2014

Khasiat Surah Al Fatihah


 

 Nabi Muhammad bersabda:
“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
“Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
“Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
*Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
*Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
*Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
*Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t.”
*Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
*Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
*Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
*Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
*Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh. *Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
*Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
“Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
*Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.”
“Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
*Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
*Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
*Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.”
* lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
“Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
“Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
*Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
*Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
*Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
*Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t.”
*Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
*Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
*Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
*Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
*Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh. *Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
*Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
“Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
*Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.”
“Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
*Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
*Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
*Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.”
* lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.

Dosa Lampau

Taubat, kesalahan lampau tidak boleh dibongkar


Ahmad Baei Jaafar
Setiap manusia selain nabi dan rasul tidak terjamin selamat daripada berbuat dosa dan maksiat. Malah mereka terdedah kepada dosa setiap hari. Buktinya kenyataan hadis daripada Anas:
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ ، فَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ."
Maksudnya: Daripada Anas r.a dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Semua anak Adam berdosa, maka sebaik-baik orang yang berdosa ialah bertaubat.” (Riwayat Ahmad)
Realitinya di dalam rumah sendiri, suami berdosa dengan isteri begitu juga sebaliknya. Kemudian sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumah ke tempat kerja misalnya, mata sudah melihat aib orang lain dan secara sepontan pula lidah menuturkan kata nista terhadap orang itu. Memang benar, dosa sering dicetuskan manusia.
Selain itu dalam perjalanan ke tempat kerja banyak lagi dosa yang boleh dilakukan tanpa sedar. Marah orang yang memotong keretanya, sanggup dia memaki orang itu. Sementara di pejabat, umpat dan fitnah boleh berlaku dengan mudah apatah lagi pada waktu berehat di kantin, banyak cerita yang boleh dihasilkan.
Walaupun sesetengah dosa-dosa itu termasuk dalam kategori dosa kecil, kita tidak boleh mengambil sikap “tidak kisah” kerana sikap mengecilkan dosa kecil akan menjadinya dosa besar pula. Begitu juga dengan perkara makruh, jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi haram dan berdosa. Menyedari hal ini mereka seharus bertaubat.
Dosa yang diabaikan
Selalunya dosa yang kita lakukan sama ada terhadap Allah mahupun manusia, dibiarkan begitu sahaja tanpa rasa berdosa dan hendak bertaubat. Pada mereka enjoy dulu kerana usia masih awal dan muda. Tetapi lain halnya kalau dosa yang melibatkan manusia terutama ibu bapa mereka tangguhkan untuk meminta maaf pada hari raya. Agaknya mereka tahu bahawa umur mereka masih panjang.
Walau bagaimanapun Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang tidak mahu hambanya terus melakukan dosa. Oleh sebab itu Allah masih menawar pengampunan dan bersedia menerima taubat hambanya. Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaubat dan suka kepada orang yang membersihkan diri.” (Surah al-Baqarah : 222)
Tetapi pada hari ini berapa ramai yang melakukan dosa dan sanggup bertaubat dengan segera. Dalam penelitian saya ramai yang melakukan dosa tanpa henti seolah-olah mereka tidak tahu semua itu adalah dosa.
Antara Dosa dengan Allah:
1.    Menyekutukan Allah SWT dengan mana-mana makhluk (Syirik). Mereka bergantung harap dengan orang dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki. Inilah golongan syirik yang pada mereka adalah kecil.
2.    Meninggalkan solat fardu. Anak-anak remaja malah ada ibu bapa yang tidak kenal sejadah, apatah lagi masjid. Kalau sudah bekerja dan mendapat pendapatan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terlupa semua bacaannya. Padahal waktu di sekolah sudah mengahafalnya. Mereka tidak sedar bahawa itu juga adalah dosa besar.
3.    Tidak membayar zakat. Ahli perniagaan yang mengaut keuntungan berganda tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan zakat mahupun berderma kepada orang susah. Pada mereka cukup dengan zakat fitrah setiap tahun sebelum syawal.
4.    Melakukan zina, bukan sahaja dalam kalangan remaja malah orang tua juga. Perbuatan ini adalah dosa besar.
5.    Homoseksual (hubungan sesama jantina) terjadi dalam masyarakat kita tanpa kawalan. Mereka ini tahu amalan songsang ini salah tetapi tetap melakukannya.
Antara dosa dengan manusia ialah:
1.    Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir. Sehingga ke hari ini ada umat Islam yang mengamalkan sihir terutama peniaga atau pasangan yang cemburu kepada suaminya. Ketika melakukannya tidak menyedari yang dosa itu adalah dosa besar.
2.    Derhaka kepada kedua ibu bapa. Anak-anak sejak remaja lagi sudah tahun melawan ibu bapa, apatah lagi apabila hendak berkahwin terlupa untuk mengambil pandangan ibu bapa. Hakikatnya mereka derhaka kepada ibubapa tanpa sedar.
3.    Memutuskan hubungan silaturrahim. Antara adik beradik sudah ada yang tidak bertegur sapa hanya mungkin kerana sedikit salah faham. Perbuatan ini adalah dosa besar.
4.    Tidak menunaikan hak anak dan isteri. Suami atau ayah ini bukan miskin tetapi harta yang banyak itu disalahgunakan ke tempat yang haram.
5.    Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan. Inilah kehidupan lazim dalam masyarakat kita. Masalah jiran tidak dapat dikesan kerana perhungan yang longgar. Tetapi kita juga patut tahu mana jiran kita yang miskin untuk dibantu. Kita lupa tanggungjawab ini.
Sikap Orang Mukmin
Orang mukmin yang terbaik seperti yang digambarkan Rasulullah dalam hadis di atas, setiap kali melakukan dosa terus bertaubat daripada dosa tersebut. Sikap orang mukmin ini selaras dengan sifat Allah yang suka terhadap orang yang terus bertaubat. Oleh sebab itu orang mukmin tidak boleh bertangguh dalam bertaubat kerana demikian itu adalah sikap orang yang sombong iaitu sifat syaitan.
Sebenarnya, sebesar manapun dosa seseorang mukmin kalau dia mahu bertaubat kepada Allah pasti diterima oleh-Nya. Malah mereka yang bertaubat itu kedudukannya sama seperti tiada dosa lagi. Demikian dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya:
أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : النَّدَمُ تَوْبَةٌ ، وَالتَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لا ذَنْبَ لَهُ  (أبو نعيم الأصبهاني)
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW berkata, penyesalan adalah taubat, dan orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti mereka yang tiada dosa.” (Riwayat Abu Naim al-Asbahani)
Berdasarkan hadis di atas, taubat amat mudah di sisi Allah iaitu cukup dengan rasa menyesal. Maknanya kalau seseorang itu kelihatan sangat menyesali perbuatannya sudah dikira bertaubat di sisi Allah. Cuma taubat itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh seperti yang pernah diamalkan oleh nabi Adam dan nabi Yunus.
Nabi Adam a.s setelah diturunkan ke bumi, dia bertaubat selama 40 tahun dengan membaca doa:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا لَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الخَاسِرِينَ
Bermaksud: “Tuhan, kami telah melakukan kezaliman terhadap diri kami dan jika Engkau tidak mengampunkan kami nescaya kami tergolong dalam orang-orang yang rugi.”
Begitu juga dengan nabi Yunus a.s setelah dimasukkan ke dalam perut ikan, dia terus bertasbih beberapa kali seperti berikut:
اللَّهُمَّ ، لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: Ya Allah, tiada Tuhan lain melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk dalam orang yang zalim.” (Surah al-Ambia’: 87)
Syarat Taubat
Sungguhpun tanda taubat itu ialah penyesalan namun kesungguhan bertaubat itu perlu dibuktikan seperti yang diamalkan oleh para nabi di atas. Sesuai dengan itu maka para ulama telah menentukan beberapa syarat taubat yang harus dipatuhi:
1.     Menyesali diri di atas dosa-dosa yang telah lalu
2.     Menyucikan diri dan dosa dengan tidak lagi melakukan dosa yang sama.
3.     Berazam tidak akan melakukan dosa lagi, selagi hayat dikandung badan.
Ketiga-tiga syarat ini adakah untuk kesalahan hamba kepada Allah. Jika syarat ini dipenuhi oleh seseorang nescaya diampunkan dosa tersebut seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, laIu memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang." (Surah aI-Maidah :39)
Walau bagaimanapun kalau seseorang itu melakukan dosa terhadap hamba Allah yang lain perlu ditambahkan satu syarat lagi iaitu meminta maaf daripadanya. Dan jika dosa itu melibatkan harta perlu diselesaikan dengan ganti rugi. Begitu juga kalau melibatkan hutang, perlulah diselesaikannya terlebih dahulu.
Malah jika kesalahan itu melibatkan jiwa atau nyawa hendaklah dilakukan qisas (hukuman menurut hukuman Islam) kecuali setelah dimaafkan walinya. Namun dia tetap wajib membayar diyah atau ganti rugi atau pampasan yang setimpal dengan kesalahannya.
Jelas di sini, apabila kesalahan itu melibatkan orang lain, kemaafan orang itu perlu diutamakan. Kemaafan mereka inilah yang menjadi ukuran pengampunan Allah dan seterusnya menerima taubatnya. Maknanya selagi seseorang itu tidak dimaafkan kesalahannya, Allah tidak menerima taubatnya walaupun tiga perkara di atas sudah dipenuhi.
Kedudukan Setelah Diterima Taubat
Berdasarkan hadis di atas, “…dan orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti mereka yang tiada dosa,” sekali lagi menyedarkan kita betapa Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Sikap baik Allah ini harus disambut oleh umat Islam apatah lagi orang yang pernah melakukan dosa supaya segera bertaubat.
Berdasarkan itu seseorang yang sudah diterima taubatnya, mereka sudah dianggap bersih daripada dosa. Keadaan ini menjadikannya orang yang bebas merdeka sama seperti orang yang tidak berdosa. Mereka boleh mengatur kehidupan di dunia tanpa diganggu oleh orang lain. Walau bagaimanapun mereka harus memenuhkan aktiviti hariannya dengan perkara yang baik.
Cuma dalam keadaan ini, ramai juga umat Islam masih memberi persepsi yang buruk terhadap mereka. Padahal mereka sudah benar-benar berubah ke arah kebaikan, malah sudah bertaubat daripada maksiat. Tetapi mereka yang bertaubat itu masih dicop sebagai orang yang bersalah.
Sebagai contoh, orang yang bersalah yang telah dibebaskan daripada penjara, orang ramai masih memandang serong kepadanya. Sepatutnya diberi layanan sama seperti orang yang baik-baik. semoga dengan itu mereka boleh menjadi orang yang soleh dn solehah.
Keadaan yang sama berlaku kepada orang politik, hanya kerana dia musuh politiknya maka kesalahan mereka diungkit lagi sedangkan dosa itu telah lama berlalu. Segala kejahatan lama dimainkan seperti perkara baru lalu mengaibkannya di mata ramai. Sepatutnya mereka menerima baik perubahannya dan taubatnya kepada Allah. Kita hanya wajib menilai yang zahir.
Selain itu, seseorang yang telah bertaubat, dia dianggap bersih daripada dosa. Maka sesiapa yang menyebutkan dosanya lagi, mereka itu boleh dianggap sebagai menuduh orang baik melakukan dosa. Jika ini yang terjadi, maka orang yang menuduh itu dianggap sebagai tuduhan palsu. Mereka ini bukan sahaja berdosa tetapi diharamkan syurga untuk mereka.
Sebenarnya dalam ajaran Islam, kita wajib menutup aib orang lain walaupun kita mengetahui keaibannya. Dalam kes ini, kita yang menutup aib itu tidak dianggap bersyubahat dengan dosanya tetapi kita cuba menutup aibnya. Namun pada masa yang sama, kita wajib membetulkan kesilapan silamnya.
Percayalah kalau semua umat Islam boleh membuat perubahan dan bertaubat daripada dosa lampau Allah akan terima taubat itu dengan senang hati. Nanti dengan sebab itu Allah selamatkan umat Islam dan dunia ini daripada kehancuran.