Selasa, 16 September 2014

Bersegeralah

JUMAAT hari sungguh mulia dan bermakna bagi umat Islam. Kemuliaan itu digambarkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Sebaik-baik hari yang terbitlah matahari padanya ialah Jumaat. Pada hari itu, Nabi Adam dicipta dan dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dan tidak akan berlakunya kiamat melainkan pada Jumaat."

Sabda Rasulullah lagi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bermaksud: "Penghulu segala hari ialah Jumaat, ia sangat besar ertinya di sisi Allah daripada Aidilfitri dan Aidiladha."

Demikian kemuliaan Jumaat. Adapun kemuncak kepada kemuliaan Jumaat adalah perhimpunan raksasa di masjid bagi mendirikan solat fardu Jumaat secara berjemaah.

Bersolat Jumaat terlalu penting bagi setiap Muslim sehingga Rasulullah memberi ancaman keras terhadap orang yang meninggalkannya.

Menghadiri solat fardu Jumaat ertinya kita menuju ke masjid bagi menyahut seruan Allah yang meminta kita untuk sujud kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenar)." (Surah al-Jumu’ah, ayat 9)

Oleh kerana menghadiri solat Jumaat adalah tanda kepatuhan terhadap Allah, maka ia hendaklah dilakukan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Hal ini supaya terserlah kepatuhan, di samping mendidik keperibadian kita.

Bagi memastikan kehadiran ke masjid beramai-ramai dapat memenuhi objektif sebenar, maka Rasulullah menunjukkan kepada kita amalan yang perlu dilakukan sebelum ke masjid, ketika dan selepas solat Jumaat.

Amalan sebelum solat Jumaat:
· Memperbanyakkan selawat pada malam dan Jumaat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat."
· Membaca surah al-Kahfi.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat nescaya Allah akan menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat."
· Mandi sunat Jumaat dan datang awal ke masjid.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang mandi (sunat) pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Barang siapa yang pergi pada waktu yang kedua, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kerbau. Barang siapa yang pergi pada waktu yang ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing. Barang siapa yang pergi pada waktu yang keempat, maka seolah-olah dia hanya mengorbankan seekor ayam betina. Barang siapa yang pergi pada waktu kelima, maka seolah-olah dia mengorbankan sebutir telur." (Hadis riwayat Imam Bukhari)
· Berwuduk dengan sempurna dan kemudian melakukan ibadat seperti membaca al-Quran dan sembahyang sunat tahyatul masjid, terutama apabila masuk ke dalam masjid.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat dalam keadaan diam dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap khutbah yang disampaikan, maka diampunkan dosanya pada hari itu dan antara Jumaat yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim)

Sangat duka cita apabila ada yang datang ke masjid ketika khatib sedang membaca khutbah. Perbuatan ini amat merugikan kerana khutbah adalah rukun wajib yang menjadikan syarat sahnya Jumaat.
· Mendapatkan saf pertama yang berdekatan imam.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang mandi sunat pada Jumaat dan bersegera berjalan menuju ke masjid, kemudian mengambil tempat berhampiran dengan Imam serta mendengar khutbah dengan penuh perhatian, maka setiap langkahnya akan memperoleh pahala menyamai ibadat puasa dan solat pada malamnya selama setahun."

Oleh itu, marilah kita mencari kelebihan kurnia Allah pada Jumaat.

Hendaklah segera ke masjid dan mengikut adab yang disenaraikan oleh Rasulullah kerana kelebihan dan fadilatnya terlalu besar.

Solat menghapuskan dosa

SOLAT adalah tiang agama. Oleh itu, solat termasuk dalam lima Rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Banyak hadis Nabi Muhammad SAW yang menerangkan mengenai kepentingan solat wajib lima waktu sehari semalam.

Antaranya Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bertanya kepada sahabatnya: "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"

Jawab sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."

Sabda Rasulullah: "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan limpah rahmat Allah, ia menghapuskan segala dosa."

Jabir menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi dalamnya lima kali sehari."

Pada umumnya, air yang mengalir adalah bersih dan tidak kotor. Lebih-lebih lagi jika air di dalam sungai pasti lah airnya mengalir dan ia akan lebih jernih dan bersih.

Mandi di dalam air sebersih itu pasti akan menghilangkan segala kekotoran yang ada pada tubuh. Ia membersihkan segala kekotoran itu.

Solat yang dikerjakan dengan memelihara segala rukunnya samalah dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa daripada segala dosa.

Abi Muslim At-Tighlibi meriwayatkan: "Sekali aku menemui Abu Umamah tatkala beliau berada dalam masjid.

“Aku bertanya sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wuduk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardu, Allah mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinganya yang mendengar berita maksiat, oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang terdetik ke arah maksiat.

Jawabnya: “Demi Allah, aku mendengar perkataan itu daripada Rasulullah berkali-kali."

MENGINGATI Allah atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan jiwa.

Dengan mengingati Allah manusia akan berasa ketenangan jiwa kerana dia menyedari bahawa berada di samping Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba-Nya.

Apabila dia kembali kepada-Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh. Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan belum pasti keadaannya atau kadang-kadang berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya.

Dalam hal ini, sekiranya orang yang beriman kepada Allah, mereka akan ingat bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, Allah Maha Melihat segala-galanya, Allah mampu mengatasi semua hal di dunia ini.

Dengan demikian akan tenanglah jiwanya. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)

Perasaan tenang itu wujud kerana jiwanya berhubungan langsung dengan Allah dan rasa selamat di bawah jagaan-Nya. Ketenangan hati orang yang beriman hasil daripada zikrullah itu adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh orang yang hatinya diliputi oleh kemanisan iman. Ia tidak boleh diungkapkan melalui kata-kata kepada orang yang tidak menghayatinya. Bahkan, ia sesuatu yang meresap ke dalam hati sehingga ia berasa tenang dan sejahtera dengannya.

Akhirnya ia merasai bahawa dia tidak keseorangan tanpa teman rapat di dunia ini. Pada hal apa yang ada di sekelilingnya adalah kawannya kerana semua ciptaan Allah dan di bawah jagaan-Nya belaka. Tidak ada orang yang paling menderita di dunia ini daripada mereka yang hilang ketenangan berdampingan dengan Allah.

Orang yang mengingati Allah di dunia ini memperolehi ketenangan jiwa, sementara di akhirat pula mendapat keampunan dan ganjaran yang besar. Firman Allah bermaksud: "... dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Rasulullah SAW adalah pimpinan dan model bagi orang yang berzikir. Baginda menyebut nama Allah pada setiap saat - ketika makan dan selesai daripadanya. Ketika minum atau sehabisnya. Ketika memakai pakaian dan menanggalnya, ketika masuk rumah dan keluar daripadanya, ketika hendak tidur atau bangun daripadanya.

Demikian juga ketika keluar untuk musafir atau baliknya, ketika menunggang kenderaan atau ketika memasuki sesebuah kampung. Begitulah ketika menziarahi kubur, ketika kemarau dan solat minta hujan, ketika angin bertiup kencang, ketika hujan lebat atau banjir.

Ringkasnya tidak berlaku sebarang keadaan atau kejadian melainkan hatinya sentiasa ingatkan Allah dan sekaligus lidahnya akan menyebut nama Allah dalam erti kata zikir kepada-Nya.

Dengan mengingati Allah akan tersedar hati orang yang beriman terutama ketika syaitan menjerumuskannya kepada dosa sehingga melakukannya, dia tidak biarkan dalam keadaan demikian.

Dia akan mengingati bahawa dia ada Tuhan yang sedia memberi keampunan dan menerima taubat, sebagaimana firman-Nya bermaksud: " Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran, ayat 135].

Ingatkan Allah akan datang kepada seseorang ketika masa lapangnya. Alangkah banyaknya masa lapang yang kita gunakan untuk berseorang diri apa lagi pada waktu akhir malam yang sunyi sepi.

Apabila kita ingatkan Allah, mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang terjadi di sekeliling akan menjadi lembut hati dan dengan tidak disedari mengalir air mata membasahi pipi, semoga Allah mengampunkan segala dosa kesalahannya. Ia kerana termasuk dalam golongan orang yang bakal mendapat bayangan teduh Allah pada hari kiamat nanti seperti disebut dalam hadis:"... seorang yang mengingati Allah ketika sunyi lalu menglir air matanya …."

Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Aku Cinta Allah

Andaikan diriku bisa seperti yang lain..
Yang Kau sayang..
Yang Kau rindukan..
Yang Kau cintai..
Aku lemah tanpaMu..Aku lelah..Aku sungguh tak berdaya..
TOLONGKU...TOLONGKU Ya Allah..

Setiap air mata ku mengalir..
Allah, aku lemah dan tak bererti..
Setiap derai tangis membasahi..
Allah jangan tinggalkan aku lagi..
Aku Sayang Allah..Aku Rindu Allah..Aku Cinta Allah..

Aku lemah tanpaMu..Aku lelah..Aku sungguh tak berdaya..
TOLONGKU..TOLONGKU Ya Allah..

Setiap air mata yang mengalir..
Allah, aku lemah dan tak bererti..
Setiap derai tangis membasahi..
Allah jangan tinggalkan aku lagi..
Aku Sayang Allah..Aku Rindu Allah..Aku Cinta Allah
Aku Cinta Allah..Aku Cinta Allah

Mencari Bahagia

Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'
Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT

Bukan Lupa Tapi ....